Now Reading
[Video] Dituduh Pengkhianat Bangsa India Kerana Kongsi Resepi Dengan Bangsa Lain, Ini Reaksi Dari Peniaga

[Video] Dituduh Pengkhianat Bangsa India Kerana Kongsi Resepi Dengan Bangsa Lain, Ini Reaksi Dari Peniaga

Peniaga wanita berbangsa India itu menjual produk buatannya sendiri berasaskan herba menggunakan resepi tradisional bangsanya menerusi platform TikTok.

[Video] Dianggap Khianat Bangsa Sendiri Kerana Kongsi Resepi Kepada Kaum Lain, Ini Komen Dari Pemilik Produk

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Rakyat Malaysia bertuah kerana dapat hidup dalam masyarakat pelbagai kaum, agama dan bangsa di sekeliling kita.

Selain mempelajari tentang budaya sendiri, kita juga berpeluang untuk mengetahui budaya kehidupan dan kaum yang berbeza seperti Melayu, Cina, India, Iban dan sebagainya.

Perbezaan kaum ini juga dapat membuatkan kita saling mengenali di antara satu sama lain.


Wanita Dituduh Khianat Bangsa Sendiri Kerana Kongsi Resepi Kaum India Kepada Bangsa Lain

Namun, berbeza pula dengan reaksi yang diterima oleh seorang peniaga wanita berbangsa India ini apabila ada netizen tidak berpuas hati dengan produk jualannya.

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@dhacaayani79), dia dituduh oleh seorang netizen di ruangan komen yang mendakwa peniaga tersebut telah mengkhianati bangsanya kerana berkongsi resepi tradisional kaum mereka kepada bangsa lain.

Difahamkan, peniaga itu menjual produk herba buatannya sendiri yang boleh membantu untuk merawat masalah muka serta mencerahkan bahagian tubuh badan.

Sambil menuangkan adunan produk ke dalam bekas plastik, peniaga tersebut tampil membidas komen berkenaan yang berbaur kecaman.

Menurutnya, setiap agama mengajar penganutnya untuk berkongsi ilmu kepada sesiapa sahaja tanpa mengira perbezaan antara satu sama lain. Dia juga memberi nasihat agar semua masyarakat untuk saling menghormati agama lain.

Tak kisahlah bangsa China ke Melayu ke, semua agama kita ajar sama sahaja. Kita kena share ilmu kepada orang lain. Bukanlah kita nak simpan ilmu untuk kita sahaja. Tuhan ajar macam tu ke? Tak kan? Kita ni satu Malaysia, kena share kita punya resepi kat orang lain supaya rezeki kita akan semakin luas.

Pengguna TikTok @dhacaayani79.

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga meraih 1.6 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@dhacaayani79/video/7244774225855204610?embed_source=121352282%2C121351166%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_name&refer=embed&referer_url=says.com%2Fmy%2Fseismik%2Fdilabel-pengkhianat-share-resipi-bangsa-sendiri-wanita-india-ini-bidas-komen-netizen&referer_video_id=7244774225855204610

Netizen Sokong Cara Peniaga Bangsa India Ini Membidas Komen Negatif Dari Netizen

Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan pelbagai komen dari netizen dan rata-ratanya menyokong perniagaan wanita berbangsa India itu.

Malah, netizen juga menganggap komen berunsur ‘racist’ itu tidak sepatutnya diberikan kerana masyarakat Malaysia dikenali dengan kepelbagaian kaum sejak dari dahulu lagi.

Pada masa yang sama, perniagaan berasaskan resepi tradisional bangsa India ini turut diterima baik oleh pelbagai masyarakat kerana katanya kaum Melayu pun beli juga.


Cara Terbaik Untuk Menguatkan Lagi Ikatan Perpaduan Kaum Di Malaysia

Sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam persekitaran yang berbilang kaum, penting untuk kita sama-sama mengeratkan perpaduan antara satu sama lain.

Antara perkara-perkara yang boleh rakyat Malaysia amalkan adalah:

  • Kerap berkunjung ke rumah jiran berlainan bangsa sempena menyambut perayaan.
  • Menganjurkan aktiviti kemasyarakatan dalam penduduk perumahan seperti aktiviti gotong-royong.
  • Menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.
  • Meraikan sambutan setiap kaum di Malaysia.
  • Menggalakkan anak-anak untuk berkawan dengan individu dari kaum berbeza.

BACA JUGA: Pasangan Melayu Bantu Kaum Cina Masak Menu ‘Vegetarian’ Untuk Sambutan Thaipusam. Ramai Netizen Bangga!

BACA JUGA: [Video] Jiran Cina Belanja KFC Buat Jiran Melayu Sebab Tak Dapat Jemput Sambutan ‘Birthday’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd