Now Reading
[Video] “Mike Tyson Batin” – Rawatan Alternatif Guna Kaedah Bertinju Dengan Pesakit Sampai ‘KO’

[Video] “Mike Tyson Batin” – Rawatan Alternatif Guna Kaedah Bertinju Dengan Pesakit Sampai ‘KO’

Berdasarkan video tersebut, kelihatan perawat lelaki terbabit juga menggunakan sarung tangan seperti seorang peninju.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Di zaman serba moden ini, orang ramai akan memilih untuk ke klinik atau hospital sekiranya mengalami sebarang masalah kesihatan.

Pun begitu, masih ada segelintir individu yang memilih untuk menjalani rawatan alternatif seperti rawatan secara tradisional atau ruqyah jika terkena sebarang penyakit ganjil.

Perawat tular guna kaedah bertinju dengan pesakit dalam proses rawatan

Bagaimanapun, siapa sangka seorang perawat alternatif ini tular di media sosial kerana menggunakan kaedah rawatan bertinju dengan pesakit dalam proses rawatannya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @dhomirruqyah, kelihatan perawat lelaki terbabit memakai sarung tangan seperti seorang peninju.

Dalam video sama, turut kelihatan seorang pesakit wanita yang juga bertindak agresif seolah-olah sedang berlawan dengan perawat tersebut.

Selepas beberapa kali perawat terbabit melakukan pukulan angin, akhirnya pesakit wanita yang cuba melawan itu jatuh seakan-akan kalah secara ‘knock out’ (KO) dalam perlawanan tinju berkenaan.

Rawatan itu bukan ruqyah, tapi guna olah nafas asma’Al-Hirzi

Menurut perawat itu, rawatan tersebut bukanlah ruqyah kerana dia menggunakan olah nafas asma’Al-Hirzi dalam merawat pesakit itu.

“Insya-Allah tidak melanggar syariat, tidak ada dalil yang melarangnya,” katanya ketika menjawab soalan adakah betul cara rawatan yang digunakan itu.

Video sohor berdurasi 17 saat itu mendapat lebih 570,000 jumlah tontonan dan kira-kira 27,200 tanda suka di TikTok.

Netizen beri pelbagai reaksi selepas lihat kaedah rawatan bertinju

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi selepas melihat keadah rawatan terbabit yang disifatkan sebagai pelik.

Malah, tidak kurang juga yang memberi komen menghiburkan memandangkan kaedah rawatan tersebut menggunakan teknik bertinju.

Sebelum ini tular di media sosial seorang ustaz menggunakan pistol mainan sebagai kaedah merawat pesakitnya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd