Now Reading
[Video] Lelaki Ini Terkejut Teman Wanita ‘Tertinggal’ Di Atas, Rupanya Naik Gelongsor Air Dengan Pekerja Bertugas

[Video] Lelaki Ini Terkejut Teman Wanita ‘Tertinggal’ Di Atas, Rupanya Naik Gelongsor Air Dengan Pekerja Bertugas

Pekerja Taman Tema ESCAPE di Pulau Pinang yang sedang bertugas itu dipercayai secara tidak sengaja melepaskan pelampung sehingga menyebabkan dia terjatuh sekali di atas pelampung.

naik gelongsor air di escape penang dengan pekerja terjatuh

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau korang pergi ke taman tema air, mesti ramai yang teruja untuk mencuba permainan gelongsor air mereka kan?

Percayalah, tak cukup naik sekali je. Mesti kebanyakan pengunjung akan menaiki gelongsor air yang sama berulang kali sampai puas.

Biasanya korang akan menaiki gelongsor air dengan ahli keluarga atau rakan-rakan, betul tak? Tapi lain pula yang berlaku kepada seorang lelaki ini.


Pekerja Bertugas Terikut Naik Atas Pelampung Menuruni Gelongsor Air Ketika Sedang Bantu Pengunjung

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@zacharychiah), lelaki ini berkongsi pengalamannnya ketika berkunjung ke Taman Tema ESCAPE di Pulau Pinang bersama teman wanitanya.

Namun ketika mereka ingin menuruni gelongsor air terpanjang di Malaysia di taman tema berkenaan, pekerja yang bertugas dipercayai secara tidak sengaja melepaskan pelampung sehingga menyebabkan dia terjatuh sekali di atas pelampung.

Ketika situasi itu berlaku, pengguna TikTok berkenaan tidak menyedari apa yang berlaku dan beranggapan kekasihnya sudah duduk di bahagian belakang pelampung.

Apabila ditoleh ke belakang, rupa-rupanya ‘penumpang’ di belakangnya adalah staf yang bertugas.

Pengguna TikTok itu yang dalam keadaan terpinga-pinga bertanya di mana teman wanitanya dan staf tersebut menjelaskan kekasihnya ‘tertinggal’ di tingkat atas.

Situasi berkenaan mula menjadi lucu apabila mereka sempat berborak dan berkenalan dengan satu sama lain sementara menunggu pelampung tiba di bahagian penghujung gelongsor.

Video berkenaan mendapat perhatian ramai sehingga meraih 4.5 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@zacharychiah/video/7295346086397414658

Netizen Pun Terhibur Lihat Situasi Yang Berlaku Kepada Pengunjung Di Taman Teman ESCAPE Itu

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang terhibur sehingga menonton video tersebut berulang kali ketika melihat situasi antara pengguna TikTok itu dan pekerja di taman teman tersebut.

Ada juga netizen yang bergurau kononnya pengunjung terbabit dan staf bertugas kini sudah mula berkawan.

Selain itu, sesetengah netizen pula menegur lelaki itu yang bernasib baik kerana bukan teman wanitanya yang menaiki pelampung terlebih dahulu.

Pada masa yang sama, seorang lagi netizen menjelaskan tindakan pekerja tersebut yang menaiki pelampung bersama lelaki itu adalah sebagai langkah keselamatan.

Ini kerana tahap keapungan menaiki pelampung di atas gelongsor berkenaan dikhaskan untuk dua orang dan boleh berisiko berdepan kemalangan jika hanya seorang individu sahaja menuruninya.

Sumber: TikTok

7 Lokasi Taman Tema Air Yang Korang Patut Cuba Sekitar Malaysia

Taman tema air merupakan tarikan pelancongan yang digemari semua lapisan masyarakat tidak kira usia.

Permainan gelongsor dan ombak buatan sememangnya tarikan yang sinonim dengan taman tema air. Akan tetapi, setiap taman tema air mempunyai keunikan tersendiri.

Untuk korang yang mahu menerokai pelbagai taman tema air, jom kami kongsikan beberapa lokasi sekitar Malaysia.

Antaranya:

  • Sunway Lagoon, Subang Jaya, Selangor.
  • Bangi Wonderland Theme Park & Resort, Bangi, Selangor.
  • Wet World Water Park, Shah Alam, Selangor.
  • SplashMania, Dengkil, Selangor.
  • Lost World of Tambung Water Park, Ipoh, Perak.
  • LEGOLAND Water Park, Iskandar Puteri, Johor.
  • Bukit Gambang Water Park, Gambang, Pahang.

Artikel Berkaitan: Taman Tema Air SplashMania, Berbaloi Ke Pergi?

Artikel Berkaitan: 4 Taman Tema Air Di Selangor Ini Memang Lejen. Jom Bawa Keluarga!

Artikel Berkaitan: Air Tiba-Tiba Takda Ketika Seronok Main Gelongsor Di Taman Tema, Aksi Individu Ini Buat Ramai Terhibur [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd