Now Reading
Team TRP Selesaikan Sebuah ‘Misi’ Sebagai Perisik. Tapi Ada Pula Yang Tertangkap! [Review]

Team TRP Selesaikan Sebuah ‘Misi’ Sebagai Perisik. Tapi Ada Pula Yang Tertangkap! [Review]

Nak jadi ‘spy’ atau perisik bukan perkara yang mudah, ya.

breakout spygame review

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Kita semua pasti pernah menonton filem perisik seperti ‘Johny English’, ‘No Time To Die’ dan ‘Spectre’ ldi kaca televisyen atau di telefon pintar, bahkan sejak kecil lagi ramai yang pernah menonton anime terkenal seperti ‘Detective Conan’.

Jadi tidak mustahil jika suatu ketika dahulu kita semua pernah mengimpikan untuk menjadi seorang perisik sama seperti watak yang ditonton di dalam filem mahupun anime.


Boleh Jadi Perisik Dengan Permainan SpyGame

Sekarang semua orang dah boleh merealisasikan impian itu dengan hanya mengambil bahagian dalam SpyGame bersama rakan-rakan atau keluarga.

SpyGame ini menggabungkan kedua-dua elemen aktiviti fizikal dan deria serta beberapa cabaran teka-teki untuk menguji sama ada anda mampu menjadi seorang pengintip atau tidak.

Sumber: Siti Murni/TRP

Baru-baru ini, team TRP diberi peluang merasai sendiri pengalaman menjadi seorang ‘perisik’ secara berkumpulan untuk menyelesaikan misi yang telah diberikan.

Untuk pengetahuan korang, permainan SpyGame ini memerlukan sekurang-kurangnya 2 hingga 7 pemain. Apa yang korang perlu lakukan adalah buat apa sahaja perkara tanpa ‘tertangkap’ oleh penjaga di dalam misi tersebut.

Pendek kata, korang boleh; ‘SNEAK, HIDE, DISGUISE’.

Sumber: Siti Murni/TRP

Walau bagaimanapun, akan ada beberapa peraturan yang perlu diikuti sebelum memasuki permainan ini. Tapi jangan risau, ‘Agent K’ akan memberitahu anda dengan lebih jelas apakah peraturan yang dimaksudkan itu. Paling penting, jangan sentuh sesiapa sahaja yang muncul ketika sedang menyelesaikan misi itu ya!


Pengalaman Team TRP Ketika Bermain SpyGame

Bagi yang tidak gemar akan kegelapan, kami merasa SpyGame ini merupakan satu perkara yang sangat mencabar. Ini kerana permainan ini diselebungi dengan perasaan takut namun pada masa sama mahukan kemenangan bersama pasukan.

Sumber: Siti Murni/TRP

Malah ia turut mencabar diri agar dapat keluar dari ‘zon selesa’ dan perlu mengatur langkah yang bijak dalam menyusun strategi untuk meloloskan diri daripada tertangkap.

Masa mula-mula masuk tu gelap sangat kita orang takut nak buat apa-apa. Tapi pekerja kat sana ada bagi tips, jangan duduk diam, terus je pergi! Jadi kita orang pun cepat-cepat mulakan ‘misi’ tu. Bila penjahat tu sedar kita orang terus bertempiaran menyorok. Tapi sebab team kita orang ramai, berebut juga nak cari tempat menyorok. Jadi sebenarnya lebih bagus kalau pergi dalam team yang kecil.

Team TRP.

Selain daripada menyorok, pemain juga boleh memilih untuk menyamar sebagai salah seorang daripada penjahat. Baju untuk samaran mungkin sedikit tersorok di dalam salah satu bilik, jadi kena cari betul-betul. Yang bestnya, sewaktu menyamar tu korang boleh buat-buat ‘berlakon’ dengan penjahat sebenar supaya tak ‘kantoi’.

Puzzle yang terdapat dalam SpyGame memang menarik dan mencabar minda. Pastikan anda mendengar dan baca satu persatu arahan yang diberikan. Kita orang sebenarnya kalah sebab terlepas maklumat yang sangat penting pada awal-awal misi bermula.

Team TRP.

Kalau korang nak tahu, permainan ini juga menguji minda kami untuk berfikir secara cepat dalam mencari jawapan daripada setiap ‘clue’ yang diberikan. Pada masa yang sama, kami juga berpendapat bahawa permainan ‘SpyGame’ ini mementingkan kerjasama antara pasukan dalam menyelesaikan setiap tugasan.

Sumber: Siti Murni/TRP

Di samping itu, permainan ini juga memerlukan daya fokus yang tinggi meliputi daya pendengaran dan penglihatan. Walau bagaimanapun, antara perkara yang paling menarik ketika bermain permainan ini terdapat beberapa insiden yang mencuit hati yang membuatkan ia menjadi kenangan yang manis untuk diingati.

Secara keseluruhannya, kami enjoy dengan permainan SpyGame ini, jadi korang semua patut cuba untuk merasai sendiri! Kalau kami cerita lebih lanjut, nanti jadi ‘spoiler’ pula.

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh terus KLIK SINI.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd