Now Reading
Kerajaan Terengganu Siasat Penganjuran Konsert Di IPTA Didakwa Langgar Garis Panduan Syariah

Kerajaan Terengganu Siasat Penganjuran Konsert Di IPTA Didakwa Langgar Garis Panduan Syariah

Penganjuran konsert di sebuah universiti awam di Terengganu didakwa melanggar garis panduan syariah kerana melibatkan percampuran pelajar lelaki dan wanita.

Kerajaan Negeri Terengganu Siasat IPTA Anjur Konsert, Didakwa Langgar Garis Panduan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Penganjuran konsert di sesetengah universiti tempatan merupakan salah satu aturcara dalam program yang diaturkan oleh para pelajar.

Sehingga ada yang menjemput pelbagai artis terkenal seperti Aina Abdul, DOLLA, Kumpulan Masdo, Insomniacks dan sebagainya.

Namun lain pula yang berlaku pada penganjuran konsert di sebuah universiti tempatan selepas video melibatkan para pelajarnya telah tular di media sosial.


Pelajar Lelaki Dan Wanita Di Universiti Tempatan Dipercayai Menari Dalam Sebuah Program Konsert

Menerusi satu video dimuat naik di laman Twitter (@mynewshub) menunjukkan aksi sekumpulan pelajar lelaki dan wanita sakan menari di hadapan pentas ketika menghadiri sebuah konsert yang dianjurkan di sebuah universiti awam (UA) di Terengganu.

Dalam video tersebut, suasana di dalam dewan itu dihiasi dengan lampu berwarna-warni serta muzik yang kuat.


Kerajaan Negeri Terengganu Bakal Siasat Dakwaan Penganjuran Konsert Hiburan Di Universiti Awam Di Negeri Berkenaan

Susulan tularnya video tersebut, kerajaan negeri Terengganu akan melakukan siasatan atas dakwaan penganjuran konsert hiburan di sebuah univeristi awam tersebut.

Percampuran pergaulan antara pelajar lelaki dan wanita di dalam konsert berkenaan dikatakan telah melanggar Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu.

Memetik laporan Kosmo, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Datuk Satiful Bahri Mamat memaklumkan pihak mereka akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung dakwaan penganjuran konsert terbabit.

Sumber: Daily Makan

Menurutnya, garis panduan tersebut juga perlu diaplikasikan jika berada di kawasan persendirian.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi di dalam kawasan kampus kerana garis panduan (hiburan) bukan perkara baharu di Terengganu. Walaupun berlaku di dalam kawasan persendirian sekalipun, kena ikut garis panduan tersebut kerana ia dasar kerajaan negeri (Terengganu).

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Datuk Satiful Bahri Mamat.

Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan Dan Sukan Negeri Terengganu

Negeri Terengganu mengambil berat dari segi penjagaan iman dan akidah umat Islam negeri berkenaan dan menjadikan kitab fiqh dari para ulama sebagai rujukan dalam menganjurkan sebarang bentuk hiburan.

Antara garis panduan hiburan yang ditetapkan dalam sesuatu program adalah seperti berikut:

  • Artis jemputan hendaklah berpakaian menutup aurat tanpa mengenakan sebarang pakaian yang terlalu ketat, singkat atau jarang ketika melakukan persembahan.
  • Pakaian atau hiasan tidak menyerupai jantinan berlainan.
  • Individu yang dikaitkan dengan kontroversi aktiviti LGBT tidak dibenarkan membuat persembahan.
  • Lirik lagu dalam persembahan mestilah mendorong ke arah kebaikan.
  • Rentak lagu yang disampaikan mestilah membawa kepada suasana positif.
  • Tidak mencampurkan lelaki dan wanita bagi mengelakkan sebarang fitnah.
  • Gerak tari menari yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

BACA JUGA: Terengganu Haramkan Tayangan Filem Pulau, Penerbit Rugi Besar & Sudah Buat Rayuan

BACA JUGA: Terengganu PAS Adun Slammed Over Misogynistic Tweet On Women’s Attire


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd