Now Reading
Muka Anak Dipijak Dalam Kolam Air, Luahan Wanita Ini Buat Ramai Netizen Bengang

Muka Anak Dipijak Dalam Kolam Air, Luahan Wanita Ini Buat Ramai Netizen Bengang

Bapa kepada kanak-kanak perempuan itu dilihat sedang bermain telefon ketika anaknya sedang memijak muka si kecil lain di dalam kolam air di Taman Tasik Titiwangsa.

Ibu Bapa Bengang Muka Anak Kena Pijak Dengan Kanak-kanak Ketika Mandi Di Taman Air

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa memerhati kelakuan anak-anak apabila berada di tempat awam kerana bimbang boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain.

Sebagai contoh, ibu bapa tidak boleh membiarkan anak-anak kecil berlarian di dalam kedai makan bagi mengelakkan mereka berlanggar dengan pelayan restoran yang sedang membawa hidangan makanan serta minuman.

Malah, isu seperti ini juga telah menyebabkan sebuah restoran di Singapura mengenakan caj RM30 kepada ibu bapa jika si kecil mereka membuat bising sehingga mengganggu pelanggan lain.

BACA JUGA: Restoran Kenakan Caj RM30 Jika Anak Kecil ‘Bising’ & Ganggu Pelanggan


Kanak-kanak Perempuan Selamba Pijak Muka Anak Orang Lain Ketika Bermandi Di Taman Tasik Titiwangsa

Menerusi satu hantaran dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook (Lynn Nasir), ibu ini menceritakan kisah yang membuatkan dirinya bengang ketika anak lelakinya sedang bermandi-manda di kolam Taman Tasik Titiwangsa.

Mana tidaknya, seorang kanak-kanak perempuan dilihat dengan selamba datang memijak muka anak lelakinya yang sedang baring di dalam kolam air.

Gambar yang dimuat naik itu diambil oleh suaminya yang ingin merakam detik anak-anak bergembira di taman air tersebut sebelum terlihat aksi tidak beretika berlaku.

Tanpa sengaja, si ayah tengah sibuk ambil gambar and rakam video anak-anak main dalam air, datang seorang budak perempuan yang saiznya dikatakan lebih kecil daripada Ausyaff dengan sengaja pijak muka anak aku dalam air. Husband aku terus tarik tgn budak tu and marah sebab buat macam tu.

Lynn Nasir.
Sumber: Facebook Lynn Nasir

Bapa Kanak-kanak Perempuan Itu Hanya Main Telefon Dan Tidak Pantau Anaknya

Susulan itu, si bapa terus mencari penjaga kepada kanak-kanak terbabit dan bapanya dilihat sedang leka bermain telefon tanpa memantau aktiviti anak di taman air berkenaan.

Situasi tersebut mula diketahui oleh pengguna Facebook ini apabila anak lelakinya yang menjadi mangsa menceritakan dia tidak dapat bernafas ketika dipijak oleh seorang kanak-kanak perempuan.

Disebabkan terlalu bengang dengan situasi itu dia mengajukan pelbagai soalan kepada suaminya tetapi dia diminta untuk tidak memperbesarkan hal tersebut.

Bila aku balik kerja dari PWTC pada hari itu, Ausyaff pun mengadu ada orang pijak dia sampai dia tak boleh bernafas. Aku bila dengar mula angin satu badan, aku terus tanya husband bertalu-talu dgn soalan itu ini. Tapi husband aku tenangkan keadaan, dia kata budak tu kecil lagi dan jangan besarkan isu.

Lynn Nasir.

Bagi ibu ini, walaupun kanak-kanak berkenaan masih kecil tetapi itu tidak bermakna mereka boleh melakukan sahaja kepada orang lain kerana ia mencerminkan sikap serta adab seseorang individu.

Entahlah, bila tengok gambar ni, aku akan terus sakit hati dgn apa yg jadi pada anak aku. Kalau anak aku mati sebab anak kau pijak muka anak aku dalam air, kau nak jawab apa?

Lynn Nasir.

Malah, wanita ini juga menekankan bahawa ibu bapa perlu memberi tunjuk ajar kepada anak-anak dan memantau setiap pergerakan mereka di tempat awam.

Yes, of course aku tak besarkan hal ni. Tapi please, kecil tak bermakna kau boleh buat apa yang kau suka dekat budak lain. Sebab itu melibatkan adab dan sikap. Dan adab ni perlu diajar dari parents yang perlu memantau setiap pergerakan anak kita bila di tempat awam. Bukannya pegi main telefon!

Lynn Nasir.

Netizen Juga Luah Rasa Kecewa Dengan Sikap Segelintir Ibu bapa Yang Leka Menjaga Anak

Di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa bengang dengan sikap biadap yang dilakukan oleh kanak-kanak perempuan itu.

Malah, mereka juga kecewa dengan sikap sesetengah ibu bapa yang tidak menghiraukan kelakuan anak-anak apabila berada di tempat awam.

Situasi itu turut merisaukan mereka kerana bimbang dengan keselamatan anak kepada pengguna Facebook ini. Nasib baik si ayah cepat perasan dengan insiden yang berlaku. Kalau tidak?

Sebagai ibu bapa, jadikanlah kejadian ini sebagai satu pengajaran supaya tidak membiarkan anak-anak anda bebas melakukan apa sahaja tanpa sebarang pemantauan.

Bukan itu sahaja, didikan dari ibu bapa juga penting untuk membentuk akhlak baik dalam diri anak-anak anda.

BACA JUGA: Pengguna Twitter Dakwa ‘Selfie’ Ain Husniza Undang Komen Negatif & Risiko Jadi Mangsa Buli Siber

BACA JUGA: MARA Bakal Ambil Tindakan Segera Kepada Individu Dalam Video Buli Pelajar

BACA JUGA: Abang Pukul Adik Perempuan Gara-gara Bilik Bau Masakan & Bahang


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd