Abang Pukul Adik Perempuan Gara-gara Bilik Bau Masakan & Bahang
Suspek bertindak menarik rambut, menumbuk dan menampar di bahagian muka adik perempuannya sehingga menyebabkan kecederaan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Pergaduhan di antara adik beradik sememangnya adalah perkara normal.
Pasti ada sahaja pertelingkahan di antara abang, adik, dan kakak di rumah. Walau bagaimanapun, perkara itu kadangkala menjadikan hubungan sesama keluarga menjadi lebih akrab.
Bila sudah gaduh, pasti akan meminta maaf kembali. Malah, pertalian silaturahim itu tidak akan putus sebegitu sahaja. Marah sekejap sahaja, sayang masih ada.
Tapi apa yang perlu dielakkan adalah menggunakan kekerasan sehingga menyebabkan kecederaan kepada ahli keluarga.
Kes Abang Pukul Adik Perempuan Gara-gara Bau Masakan Masuk Bilik Tidur
Walau bagaimanapun, baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan satu kes di mana seorang lelaki telah ditahan pada 13 Oktober lalu apabila dia bertindak memukul adik perempuannya oleh kerana berang akan bau dan wap masakan yang masuk ke dalam bilik tidurnya sehingga terasa bahang.
Kejadian tersebut berlaku pada jam 11 malam, hari yang sama. Ketika itu adik perempuannya sedang memasak di dapur yang terletak bersebelahan dengan biliknya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata suspek kemudiannya keluar dari bilik tidurnya dan menunjukkan protes dengan cara menutup pintu dengan kuat sambil memaki hamun.
Suspek juga bertindak menarik rambut, menumbuk dan menampar di bahagian muka pengadu. Adik perempuannya berusia 24 tahun telah membuat rawatan di hospital dan disahkan mengalami kecederaan serta telah mengalami patah gigi hadapan akibat ditumbuk oleh abangnya itu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan.
Susulan daripada kes itu, satu laporan telah dibuat oleh adik perempuan suspek sendiri.
Bertindak di atas maklumat yang diberikan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang berjaya menangkap suspek di rumah mereka kira-kira pukul 1.30 pagi.
Suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 17 Oktober ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan.
Pihak polis juga menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau pegawai penyiasat kes, Inspektor K.Suresh di talian 017-4333795 bagi membantu siasatan.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.