Now Reading
Restoran Kenakan Caj RM30 Jika Anak Kecil ‘Bising’ & Ganggu Pelanggan

Restoran Kenakan Caj RM30 Jika Anak Kecil ‘Bising’ & Ganggu Pelanggan

Selain daripada surcaj yang dikenakan, restoran ini turut menjelaskan bahawa pihak mereka tidak menyediakan kerusi makan bayi (baby chair) di restoran berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pasangan suami isteri yang mempunyai anak pasti akan terkejut dengan berita ini di mana sebuah restoran di Singapura didakwa mengenakan surcaj sebanyak S$10 (RM30) jika anak kecil anda didapati membuat bising dan menganggu ketenteraman pelanggan lain.

Polisi ini telah dilaksanakan oleh sebuah restoran iaitu Angie’s Oyster Bar & Grill yang terletak di Bangunan Tan Boon Liat di Outram Road.

Sumber: Facebook/Angie’s Oyster Bar & Grill

Walaupun ianya bukan perkara baharu, namun topik ini sudah menjadi perbualan hangat di kalangan para ibu di Singapura. Mana tidaknya, RM30 ditambah di dalam bil makanan/minuman hanya kerana anak kecil bising bukanlah sesuatu yang digemari oleh ibu bapa di luar sana.

Perkara ini disahkan dengan kewujudan tangkap layar restoran berkenaan kepada pembuat tempahan yang menjelaskan bahawa mereka akan mengenakan surcaj berjumlah S$10 (RM30) jikalau anak kecil bising/menjerit (Screaming Children Surcharge).

Tangkap layar tersebut telah dihantar kepada Mothership.

“We would like to inform you that we do not have any baby chairs available as we are not kids friendly restaurant,” tulis Angie’s Oyster Bar & Grill menerusi tangkap layar WhatsApp itu.

Tiada Kerusi Makan Bayi

Selain daripada surcaj yang dikenakan, restoran ini turut menjelaskan bahawa pihak mereka tidak menyediakan kerusi makan bayi (baby chair) di restoran berkenaan. Ia kerana restoran ini adalah bukan restoran mesra kanak-kanak.

Surcaj RM30 itu pula bakal dikenakan dalam bil pelanggan jikalau anak kecil mereka menjerit di dalam restoran tersebut.

Meskipun peraturan ini agak mengundang kemarahan orang ramai, restoran berkenaan didapati menerima ‘Good Reviews’ menerusi Google dan Facebook.

Menerusi pencarian kami, hanya ada satu aduan di mana seorang pelanggan menyuarakan ketidakpuasan hatinya apabila restoran itu apabila dimaklumkan bahawa kanak-kanak kecil yang bising/menjerit akan dikenakan surcaj.

Aduan itu dibuat menerusi TripAdvisor pada Ogos, 2022.

angie's oyster bar & grill

Laporan sumber mengatakan bahawa Angie’s Oyster Bar & Grill turut memberikan maklumbalas terhadap aduan yang diberikan oleh seorang pelanggan menerusi TripAdvisor itu.

Pihak mereka menjelaskan bahawa staf restoran itu telah menerima pelbagai aduan tentang kanak-kanak berlari-lari di dalam restoran tanpa diawasi oleh ibu bapa dan menganggu pelanggan lain yang sedang menjamu selera.

Restoran berkenaan turut mengatakan insiden itu adalah perkara yang ‘bahaya’ kerana staf mereka kebiasaannya bergerak di dalam restoran dengan membawa kutleri tajam (pisau, garfu, dan lain-lain), makanan panas, dan pada masa yang sama pelanggan lain juga ingin menikmati hidangan dalam keadaan yang tenang dan tidak bising.

Angie’s Oyster Bar & Grill Beri Respon Tentang Topik Hangat Ini

Mothership telah berhubung terus dengan pihak restoran Angie’s Oyster Bar & Grill dan berjaya mendapatkan kenyataan penuh bagi menjelaskan isu ini.

“Kami bangga dalam menyediakan persekitaran yang menyenangkan untuk semua pelanggan kami di Angie’s. Kami sentiasa mencari cara untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami dan membuat satu titik untuk meminta maklum balas daripada tetamu tentang pengalaman menjamu selera mereka–makanan kami, standard perkhidmatan dan suasana keseluruhan.

“Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kami telah menerima semakin banyak aduan tentang kanak-kanak berlari-lari tanpa pengawasan atau mengganggu meja lain semasa tempoh perkhidmatan. Ini bukan sahaja berbahaya kerana pelayan sering bergerak dengan makanan panas dan kutleri tajam, tetapi ia juga tidak menghormati pengunjung lain yang mungkin ingin menjamu selera dalam suasana yang tenang dan selesa.

“Dalam keadaan ini, staf kami menasihati ibu bapa atau penjaga dan keadaan diuruskan dengan segera. Walau bagaimanapun, kami kadang-kadang berhadapan dengan situasi di mana tiada apa yang dilakukan dan perkara itu diabaikan sama sekali. Ini mengecewakan dan memalukan kerana ia meletakkan restoran dalam kedudukan yang janggal apabila menerangkan kepada tetamu lain mengapa tiada apa yang dilakukan untuk menangani perkara itu.

“Disebabkan pengalaman ini, kami merasakan kami tidak mempunyai pilihan selain mengenakan “penalti” untuk menangani situasi tersebut.

“Kami meminta tidak lebih daripada rasa hormat antara semua pelanggan kami, tetapi ia amat menyedihkan apabila mendapati beberapa pelanggan yang berasa lebih berhak daripada yang lain. Memang menyakitkan kami untuk mengenakan polisi itu tetapi kami tidak pernah berniat untuk mengurangkan mana-mana pengalaman tetamu kami.

“Kami meminta ibu bapa, penjaga, untuk memberikan yang terbaik untuk menjaga anak-anak mereka kerana kami berhasrat untuk menyediakan sebanyak mungkin pengalaman makan yang menyenangkan dan tidak dapat dilupakan buat seramai mungkin pelanggan,” jelas Angie’s Oyster Bar & Grill menerusi kenyataan yang diberikan kepada Mothership.


Angie’s Oyster Bar & Grill, Singapura

  • Alamat: 313A Outram Road Level 2, Tan Boon Liat Building, Singapore, Singapore, 169073
  • Nombor Telefon: +65 6221 9555
  • Website: http://www.angies.com.sg/

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd