Now Reading
Produk ‘Cleansing Oil’ Jenama Korea Didakwa Mengandungi Sake, Ini Penjelasan Mufti

Produk ‘Cleansing Oil’ Jenama Korea Didakwa Mengandungi Sake, Ini Penjelasan Mufti

Produk ‘cleansing oil’ dari jenama Korea ini mengandungi sake yang diambil daripada proses penapaian beras.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Produk kecantikan dari Korea kini menjadi buruan ramai wanita yang menginginkan kulit cantik dan mulus.

Malah, produk-produk jenama Korea ini boleh didapati di pelbagai kedai termasuklah ‘drugstore’ seperti Watson dan Guardian.

Namun, isu halal dan haram melibatkan produk kecantikan jarang diperbahaskan kerana tidak ramai menyemak kandungan yang digunakan dalam pembuatannya.


Produk ‘Cleansing Oil’ Dari Jenama ma:nyo Didakwa Mengandungi Sake

Isu tentang kandungan arak di dalam salah satu produk penjagaan wajah menjadi topik hangat di media sosial selepas seorang pengguna Twitter memuat naik satu ciapan di akaun miliknya (@nabilahabdr).

Menurut wanita ini, satu produk ‘cleansing oil’ berbotol kuning dari jenama ma:nyo mempunyai sake.

Hasil semakan kami tentang produk ini di laman web jenama tersebut, ternyata sah ‘cleansing oil’ jenama ma:nyo ini mengandungi sake yang diambil daripada proses penapaian beras.

Oleh kerana ragu-ragu dengan status sake yang wujud di dalam produk tersebut, wanita ini menyarankan agar umat Islam tidak menggunakan ‘cleansing oil’ ini dalam penjagaan wajah harian.


Apa Itu Sake?

Sake adalah sejenis minuman arak yang lazimnya digunakan di negara Jepun dengan cara meletakkan dalam makanan atau diminum begitu sahaja.

Minuman arak ini diperbuat daripada hasil penapaian kanji beras yang telah digilap untuk mengeluarkan dedak beras.

Ia kemudiannya melalui proses pembiran seakan bir di mana kanji tersebut ditukarkan kepada gula sebelum menjadi alkohol.

Sumber: Conde Nast Traveller

Penghasilan sake ini berbeza dari penapaian semula jadi di dalam alkohol yang berlaku dalam buah.

Oleh itu, sake dikategorikan sebagai arak dan bukannya mengandungi alkohol semata-mata.


Mufti Perjelas Hukum Sake Dalam Produk Kosmetik

Pendedahan tentang kandungan sake di dalam produk ‘cleansing oil’ jenama ma:nyo ini sudah pasti membuatkan orang ramai di luar sana tertanya-tanya, apa hukum penggunaan produk ini bagi umat Islam?

Memetik dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia sebelum ini pada Julai 2011 pernah membincangkan tentang isu penggunaan alkohol di dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan.

Perbincangan tersebut telah memutuskan kata sepakat bahawa ubatan-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah TIDAK NAJIS dan DIHARUSKAN sekiranya alkohol tersebut tidak melalui proses pembuatan arak.

Malah minuman ringan yang mempunyai alkohol di bawah araas 1%v/v dan dibuat bukan bertujuan untuk menghasilkan arak adalah DIHARUSKAN.

Walaupun bagaimanapun, perlu diingat bahawa sake adalah sejenis minuman arak dan bukannya alkohol semata-mata.

Kesimpulan

Kata sepakat dari perbincangan telah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan arak sama ada dalam makanan, minuman, perubata kosmetik, minyak dan sebagainya adalah bersifat najis dan DIHARAMKAN.

Sebagai umat Islam, kita tidak boleh mengambil manfaat daripada penggunaan arak bagi apa saja tujuan.

BACA JUGA: Minuman ‘Bundaberg’ Halal Ke?

BACA JUGA: Pekerja Islam Yang Tidak ‘Minum’ Dilema Berdepan Isu Jual Arak Kepada Pelanggan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd