Now Reading
Pekerja Islam Yang Tidak ‘Minum’ Dilema Berdepan Isu Jual Arak Kepada Pelanggan

Pekerja Islam Yang Tidak ‘Minum’ Dilema Berdepan Isu Jual Arak Kepada Pelanggan

Ramai orang yang berdebat sama ada orang Islam boleh terlibat dalam penjualan berkaitan arak ataupun tidak, meskipun mereka tidak meminumnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seorang aktivis tempatan telah mencetuskan perdebatan apabila seorang pekerja Islam di Malaysia terpaksa mengendalikan penjualan minuman keras dalam bidang kerja mereka.

Bilal Jailani daripada Solidariti Muslim Malaysia (Isma) menceritakan kisah ketika dia beberapa kali campur tangan di kedai serbaneka kerana pekerja Islam terpaksa mengendalikan pelanggan yang membeli arak.

Dia menceritakan pengalamannya di media sosial sehingga menarik perhatian netizen.

Dalam posting berkenaan, lelaki itu menceritakan tentang satu kejadian ketika sedang beratur untuk membayar di sebuah kedai serbaneka di Southville, Bangi.

Bilal berkata yang dia terlihat seorang warga asing di belakangnya sedang membawa enam tin alkohol jenama Tiger.

Selepas Bilal selesai membayar, dia bertanya kepada pekerja yang beragama Islam itu sama ada dia boleh mengendalikan transaksi arak tersebut.

Selepas itu, pekerja muda berkenaan memberitahu bahawa dia sebenarnya tidak mahu terlibat dengan perkara tersebut.

Bilal memberitahu bahawa dia boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun sekiranya ditangkap menjual arak di Selangor kerana ini merupakan jenayah Shariah.

Awak tak boleh teruskan transaksi ini. Jika awak teruskan juga, saya akan laporkan kepada pihak polis.

Aktivis Isma Bilal Jailani.

Dia juga memaklumkan kepada warga asing yang ingin membeli minuman alkohol itu bahawa pekerja berkenaan tidak boleh meneruskan penjualan arak kerana beragama Islam.

Kemudian, seorang lagi pekerja di kedai serbaneka tersebut datang ke arah Bilal dan memberitahu bahawa walaupun pekerja tidak mahu terlibat dalam penjualan minuman beralkohol tetapi mereka tiada pilihan lain kerana sudah menjadi sebahagian daripada bidang kerja.

Bilal menjawab bahawa syarikat tidak boleh mengarah pekerja melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang negara, tidak kiralah bidang kerja apa sekalipun.

Dia kemudiannya bercakap pula dengan pengurus kedai dan memintanya untuk menghentikan penjualan enam tin minuman alkohol itu.

Bilal meluahkan rasa gembira ketika keluar daripada kedai serbaneka itu. Dia berasa lega apabila pekerja beragam Islam itu mendengar nasihatnya.

Pelbagai jenis pendapat

Ketika artikel ini ditulis, posting yang dimuat naik oleh Bilal di Facebook telah menerima lebih 11,000 komen serta dikongsi oleh lebih 12,000 pengguna.

Ramai netizen memuji Bilal kerana mempertahankan agamanya.

Pada masa yang sama, beberapa netizen meminta agar berhati-hati kerana isu ini agak sensitif.

BACA JUGA: Cu Mart Akui Minuman Delaffe Tidak Mengandungi Logo Halal

Warganet yang lain pula berpendapat mungkin pekerja beragama Islam perlu berpegang kepada kepercayaan masing-masing dan mencari pekerjaan lebih sesuai.

Ada yang merasakan bahawa umat Islam juga perlu mengelakkan penjualan rokok dan bukan minuman beralkohol sahaja.

Seorang pengguna Twitter @hnafrhnaa mendakwa dia pernah bekerja di sebuah kedai serbaneka dan berkongsi pengalamannya berdepan situasi sama.

Saya buat peraturan sendiri, sesiapa yang nak beli arak perlu memasukkan ke dalam plastik. Kebanyakan pelanggan saya yang bukan Islam akan faham dan mereka sendiri akan memasukkannya ke dalam plastik. Ada juga orang Islam yang beli arak, saya pun bergaduh dengan mereka.

Pengguna Twitter @hnafrhanaa.

Daripada setuju kepada tidak setuju

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Nabi Muhammad, umat Islam tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti yang memerlukan mereka untuk menyediakan, menjual, membeli, membawa dan menghasilkan apa-apa berkaitan minuman keras.

Nabi Muhammad bersabda: Allah melaknat khamar, peminumnya, pelayannya, penjualnya, pembelinya, penekannya, orang yang menuntutnya untuk ditekan, pembawanya, orang yang disampaikan kepadanya dan orang yang memakan harganya.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Azmi Abdul Hamis berkata isu penjualan arak di kedai serbaneka dan kedai runcit sememangnya menjadi perdebatan.

Umat Islam tidak sepatutnya terlibat dalam penjualan arak. Pihak pengurusan perlu menghormati perkara ini walaupun kedai Speedmart mendapat lesen untuk menjual arak.

Presiden MAPIM Azmi Abdul Hamis.

Pada masa yang sama, beliau memuji Bilal kerana bercakap dengan cara yang hormat.

Azmi berkata bahawa menegur dengan cara baik dan memberitahu orang lain tentang peraturan yang perlu dipatuhi adalah sangat diperlukan.

Presiden MAPIM Azmi Abdul Hamis. (Kedit: Selangorkini)

Selain itu, Presiden Persekutuan Hak Asasi Manusia Global Shashi Kumar Shanmugam memaklumkan bahawa undang-undang Malaysia tidak menghalang sesiapa pun daripada menghidangkan alkohol tanpa mengira bidang tugas mereka.

Sebagai contoh, bekas kru kabin syarikat penerbangan Malaysia Airline berkata bahawa mereka dikehendaki menghidangkan minuman alkohol seperti bir, wain, dan champagne terutamanya dalam penerbangan Kelas Pertama dan Business Class.

Ini adalah untuk mengekalkan pengiktirafan lima bintang.

Saya sudah mengembara beberapa kali ke Dubai dan anda boleh lihat alkohol dihidangkan di kebanyakan hotel dan kelab walaupun mereka adalah sebuah negara Islam.

Presiden Persekutuan Hak Asasi Manusia Global Shashi Kumar berkata kepada TRP.
Presiden Persekutuan Hak Asasi Manusia Global Shashi Kumar. (Kredit: Facebook)

Hidup berdamai dengan semua orang

Diharapkan isu ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat, terutamanya kerana penjualan minuman beralkohol itu sendiri telah menjadi perbalahan.

BACA JUGA: D-Day For Kopitiams: Can’t Sell Beers Without A License Starting 1 January

Tidak dapat dinafikan bahawa konflik akan timbul apabila wujudnya perselisihan faham atau komunikasi yang lemah.

Ramai orang yang melihat konflik hanya secara negatif, tetapi perkara ini boleh menjadikan kita lebih kuat dan belajar tentang isu sebenarnya yang patut diperjuangkan.

Jangan biarkan kata-kata buruk keluar daripada mulut kita, hanya beri ucapan yang baik mengikut keperluan masing-masing.

Kepelbagaian kaum di negara kita seharusnya menjadikan kita lebih kuat, bukannya lemah.

Marilah kita berdamai dan saling memaafkan antara satu sama lain.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd