Now Reading
Cu Mart Akui Minuman Delaffe Tidak Mengandungi Logo Halal

Cu Mart Akui Minuman Delaffe Tidak Mengandungi Logo Halal

Seorang pengguna Twitter mendakwa minuman Delaffe selain perisa kopi yang dijual di CU Mart mempunyai alkohol.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Mesti ramai yang tahu tentang kedai serbaneka Korea pertama di Malaysia, iaitu CU Mart yang mempunyai beberapa cawangan sekitar Lembah Klang dan Johor.

Boleh dikatakan hampir semua teruja bila dapat tahu kedai serbaneka yang selama ini dilihat dalam drama Korea kini berada di Malaysia.

Anda kini boleh menikmati pelbagai hidangan terkenal masyarakat Korea seperti Tteokbokki, Gangjeong, Gimbap dan sebagainya di CU Mart.

Kedai serbaneka ini juga menjual pelbagai jenis minuman dan snek yang diimport terus dari Korea Selatan.

Pelanggan dakwa Delaffe mengandungi alkohol

Delaffe merupakan jenis minuman yang boleh dikatakan trend sekarang ini sejak dibawa masuk ke Malaysia.

Ada pelbagai jenis perisa seperti berikut:

  • Watermelon Ade
  • Plum Ade
  • Peach Iced Tea
  • Blue Lemon Ade
  • Green Grape Ade
  • Hazelnut Flavour Coffee
  • Americano Sweet
  • Black Americano

Namun baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @UNawwa mendakwa ramai orang Islam ditipu kerana minuman Delaffe selain perisa kopi ini mempunyai spirit atau alkohol.

Kredit: Twitter @UNawwa

Tweet berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang mempertikaikan kandungan minuman tersebut tidak diterjemahkan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

Kredit: Twitter @RahFadzillah
Kredit: Twitter @frhnishnie
Kredit: Twitter @frhnishnie

Berikutan itu, ramai orang Islam gelisah kerana ada di antara mereka sudah terminum air yang didakwa mengandungi alkohol tersebut.

Kredit: Twitter @UNawwa
Kredit: Twitter @UNawwa

CU Mart beri penjelasan sebenar

Disebabkan tular isu mengenai kandungan tidak halal di dalam minuman Delaffe, seorang pengguna Twitter @syaliquee telah menghantar DM ke akaun Instagram CU Malaysia untuk mendapatkan penjelasan.

Kredit: Twitter @syaliquee

CU Malaysia memaklumkan bahawa pihak mereka masih dalam proses memohon sijil halal. Walau bagaimanapun, segala makanan dan juga bahan-bahan diambil daripada kilang yang mempunyai sijil halal.

Namun, makanan yang berada di rak seperti snek dan minuman diimport terus dari Korea dan bukan kesemuanya halal.

Produk yang tidak mempunyai logo halal adalah tidak halal. Jangan risau, produk kami tidak mengandungi khinzir.

CU Malaysia.

CU Malaysia mengakui bahawa minuman Delaffe yang dijual di kedai mereka adalah tidak halal kerana mengandungi alkohol.


Kesimpulannya, minuman Delaffe daripada CU Mart tidak mempunyai logo halal dan mengandungi alkohol.

Walaupun ada sikit sahaja, tapi kita sebagai orang Islam diharamkan untuk mengambil minuman tersebut.

Selepas ini, kena lebih berhati-hati dalam membeli. Baca semula kandungan untuk kepastian.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd