Now Reading
Lelaki Dikatakan ‘Shave’ Kepala 20 Minit Dalam Bas Awam Terima Reaksi Kurang Senang Dari Orang Ramai

Lelaki Dikatakan ‘Shave’ Kepala 20 Minit Dalam Bas Awam Terima Reaksi Kurang Senang Dari Orang Ramai

Aksi lelaki itu yang dikatakan mencukur rambut di kepala sempat dirakam oleh penumpang bas di tempat duduk belakang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan oleh kerajaan adalah untuk kegunaan bersama bagi memudahkan pergerakan masyarakat ke destinasi masing-masing.

Kalau anda perasan, terdapat papan tanda menunjukkan larangan di dalam pengangkutan awam seperti tidak boleh makan dan minum serta merokok bagi menjaga kebersihan.

Namun, ada juga sesetengah pengguna yang tidak menghiraukan perkara tersebut sehingga menyebabkan ketidakselesaan kepada pengguna lain di dalam pengangkutan awam.

BACA JUGA: RapidKL Tegur 2 Gadis Makan Maggi Cup Dalam Tren. Mask Pun Tak Pakai!


Lelaki Dipercayai Mencukur Rambut Di Dalam Bas Awam Di Singapura Selama 20 Minit

Baru-baru ini, tindakan seorang lelaki di dalam bas awam di Singapura kurang menyenangkan pengguna lain apabila dia dikatakan mencukur rambut di kepalanya menggunakan alat pencukur elektronik.

Difahamkan, lelaki yang memakai baju berwarna merah itu dilihat selamba bertindak sedemikian kira-kira dalam tempoh 20 minit tanpa menghiraukan keberadaanya di tempat awam.

Aksi lelaki itu juga sempat dirakam oleh pengguna lain yang turut sama berada di dalam bas.

Sumber: Facebook COMPLAINT SINGAPORE

Netizen Geli Tengok Sikap Pengguna Yang Selamba Mencukur Rambut Di Dalam Bas Awam

Video yang dimuat naik di laman Facebook COMPLAINT SINGAPORE itu mendapat banyak reaksi negatif dari netizen terutamanya dari segi kebersihan.

Mana tidaknya, rambut-rambut yang dicukur oleh lelaki itu pastinya akan jatuh ke lantai dan kerusi tempat duduk serta berterbangan di dalam ruangan bas.

Anda sebagai pengguna bas pun mesti akan geli jika terjumpa bulu atau rerambut halus yang banyak di kerusi tempat duduk dalam pengangkutan awam.

Tambah netizen lagi, perbuatan memotong kuku di dalam pengangkutan awam juga merupakan perbuatan yang kurang bersih untuk dilakukan.


Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Ketika Menggunakan Rel Rapid KL

Di Malaysia, penggunaan perkhidmatan awam seperti LRT, MRT dan KTM mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat.

Sebagai pengguna, anda perlulah menjaga kebersihan perkhidmatan ini bagi menjamin keselesaaan setiap pengguna.

Sumber: MalayMail

Antara larangan ketika berada di dalam tren atau sekitar stesen adalah:

  • Mengembara dengan haiwan.
  • Merokok atau vape.
  • Melekatkan gula-gula getah pada kerusi, dinding atau tiang.
  • Bermain alat muzik tanpa kebenaran.
  • Membawa bagasi bersaiz besar atau berlebihan.
  • Meninggalkan bagasi tanpa pengawasan.
  • Makan dan minum di kawasan berbayar, di platform, dan di dalam kereta api.
  • Meminta dan mengutip derma tanpa kebenaran.
  • Berlegar atau tidur.
  • Menampal, melekat, mengecat atau menulis pada mana-mana aset tanpa kebenaran.
  • Meninggalkan anak dalam jagaan tanpa pengawasan.
  • Membawa senjata api atau bahan letupan dan peralatan lain yang boleh digunakan sebagai senjata.
  • Membawa bahan yang mengandungi unsur biologi, sinaran atau kimia yang boleh memudaratkan.
  • Membawa basikal jenis yang tidak dibenarkan pada waktu puncak.
  • Bersikap tidak sopan.
  • Membuat bising, bergaduh atau menyebabkan pergaduhan.
  • Membawa barangan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada penumpang lain seperti buah-buahan atau barangan basah.

Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd