Now Reading
Astro Awani Perkenal 2 Robot AI Sebagai Penyampai Berita, Ramai Mula Risau Isu Saingan Pekerjaan

Astro Awani Perkenal 2 Robot AI Sebagai Penyampai Berita, Ramai Mula Risau Isu Saingan Pekerjaan

Astro Awani memperkenalkan dua robot Artificial Intelligence (AI) yang akan membantu menyampaikan berita iaitu Joon dan Monica.

Robot AI Baca Berita Di Astro Awani Cetus Rasa Bimbang Dalam Kalangan Netizen

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Teknologi pada zaman moden kini berkembang semakin canggih dan maju dengan wujudnya kemudahan ChatGPT serta Artificial Intelligence (AI).

Malah, ada juga yang menggunakan teknologi AI untuk menghasilkan visual yang tidak wujud dengan hanya memuat naik input daripada teks sahaja.

Bukan itu sahaja, ChatGPT juga dikatakan telah menjadi platform untuk para pelajar menyiapkan tugasan dengan memasukkan input soalan yang perlu diselesaikan.

Sumber: Schulmeister Consulting

Astro Awani Perkenalkan Dua Robot AI Untuk Bantu Menyampaikan Berita

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok Astro Awani (@501awani), sebuah robot AI lelaki bernama Joon yang mempunyai mirip wajah seperti warga Korea dilihat tampil menyampaikan berita di saluran berkenaan.

Dalam video tersebut, robot penyampai berita itu menyampaikan laporan berkaitan masa hadapan produktiviti dalam era AI bersama seorang lagi wartawan iaitu Nailah Huda.

Memetik laporan Astro Awani, teknologi ini menampilkan penyampai berita oleh avatar yang akan membacakan teks ditulis oleh wartawan dengan menggunakan bantuan ChatGPT.

Malah, pengenalan Joon ini juga dilakukan sebagai salah satu usaha bagi memberi bayangan kepada penonton Astro Awani berkaitan penggunaan teknologi ini dalam amalan pemberitaan pada masa akan datang.

Joon yang dipercayai boleh bertutur dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Melayu, Inggeris, Sepanyol, Mandarin, Perancis dan Arab telah melalui kesemua proses semakan secara manual bagi menjamin integriti kewartawanan.

https://www.tiktok.com/@501awani/video/7228217994873261314

Selain Joon, satu lagu robot AI memaparkan susuk tubuh perempuan digunakan oleh Astro Awani yang diberi nama Monica.

Monica yang berwajah Scandinavia ini akan turut wujud di kaca skrin berita Astro Awani di saluran 501 dan siaran langsung di laman web serta semua platform media sosial.

Meskipun kemunculan Joon dan Monica di AWANI 7:45, Agenda AWANI dan AWANI Tonight ini berdurasi kurang dari tiga minit, ia seolah-olah sudah memberi bayangan bahawa teknologi AI sudah mula beroperasi di bilik-bilik berita.

Robot AI Baca Berita Di Astro Awani Cetus Rasa Bimbang Dalam Kalangan Netizen
Kiri: Joon, Kanan: Monica. (Sumber: Astro Awani).

Astro Awani Perkenal 2 Robot AI Sebagai Penyampai Berita, Ramai Mula Risau Isu Saingan Pekerjaan

Selepas melihat robot penyampai berita AI bernama Joon menerusi video yang dimuat naik itu, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang dengan teknologi tersebut.

Perkara ini merisaukan mereka kerana ia dilihat boleh menyebabkan persaingan dalam bidang pekerjaan pada masa akan datang. Dalam pada itu, ada juga yang mendakwa teknologi AI ini lebih bahaya daripada nuklear.


Kursus Online Yang Boleh Dipelajari Untuk Menjana Pendapatan

Dengan teknologi juga, manusia dapat menjana pendapatan dengan hanya mempelajari ilmu baharu secara atas talian.

Ada banyak kursus online percuma yang membolehkan anda mendapatkan ilmu baharu dan menjadikan ia sebagai sumber pendapatan dengan hanya bekerja dari rumah. Ilmu dapat, duit pun dapat. Siapa tak nak kan?

Sebagai contohnya, anda boleh mempelajari ilmu tentang ‘copywriting’ menerusi beberapa video di akaun YouTube. Antaranya:

  • Mike Nardi.
  • Inventicity – Cecilia.
  • Copy That.
  • Alex Cattoni.

BACA JUGA: Ini Beberapa ‘Free Course’ Di YouTube Yang Korang Boleh Join Untuk Belajar Copywriting

BACA JUGA: Lelaki Kongsi Tips Jana Duit Secara Pasif. Senang Je!

Gambar sekadar hiasan.

Hukum Menggunakan Teknologi AI Dalam Islam Untuk Penghasilan Gambar

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus, platform penghasilan gambar menggunakan teknologi AI mempunyai beberapa hukum dalam Islam bergantung kepada situasi.

Hukumnya dibolehkan jika ia digunakan untuk tujuan kebaikan seperti pembelajaran dan memperingati jasa serta kebaikan seseorang.

Namun, hukumya akan jatuh haram jika ia digunakan untuk tujuan maksiat, menghina seseorang dan boleh menimbulkan fitnah.

BACA JUGA: UAI Perjelas Hukum Guna Teknologi Artificial Intelligence (AI) Dalam Islam. Boleh Ke?

BACA JUGA: Dancing “Robot Kancil” Steals Spotlight At Local Expo, Impressing Onlookers

BACA JUGA: M’sia may lose 54% of jobs to robots in 20 years!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd