Now Reading
Ini Beberapa ‘Free Course’ Di YouTube Yang Korang Boleh Join Untuk Belajar Copywriting

Ini Beberapa ‘Free Course’ Di YouTube Yang Korang Boleh Join Untuk Belajar Copywriting

Untuk anda yang ingin berjinak-jinak dalam dunia copywriting, bolehlah ‘check-out’ kesemua akaun YouTube yang disenaraikan ini. Free course pula tu!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Zaman sekarang ini, orang ramai disarankan untuk menambah punca pendapatan (income) untuk kehidupan yang lebih selesa. Manakan tidak, zaman sekarang ini RM50 itu tidak begitu besar nilainya. Jika ke pasar raya, hanya beberapa barangan sahaja yang boleh anda beli dengan amaun tersebut.

Terasa sungguh kenaikan harga barang.

Oleh disebabkan itu, golongan milenial disarankan untuk melakukan pekerjaan extra bagi menjana pendapatan lebih tinggi. Jangan hanya mengharapkan satu kerja sahaja. Jika mampu, bolehlah buat ‘part-time’ ataupun ‘freelance’ dengan mana-mana syarikat.

Contohnya menjadi seorang ‘copywriter’.

Bekerja secara remote di rumah atau pejabat sendiri pun boleh. Yang penting, wang masuk poket dan ilmu pun dapat. Kan tak rugi tu.

BACA JUGA: Lelaki Kongsi Tips Jana Duit Secara Pasif. Senang Je!

Gambar sekadar hiasan.

Jangan risau, kalau tak tahu cara atau teknik untuk melakukan kerja ‘copywriting’ ini, banyak online course yang boleh anda sertai. Ada yang berbayar dan ada juga yang percuma.


5 Video Menerusi YouTube Untuk Anda Yang Ingin Belajar Copywriting

Oleh itu, seorang pengguna Twitter (@IkramMohd) menerusi bebenang telah berkongsi beberapa buah video yang ditemuinya menerusi YouTube, khas buat mereka yang ingin berjinak-jinak dalam dunia copywriting ini.

Yang penting, kesemuanya adalah PERCUMA. Ya, free course!

1. Mike Nardi.

Menerusi video oleh Mike Nardi ini, anda akan belajar tentang apa itu copywriting dan bagaimana cara untuk menulis atau mengarang copy buat kali pertama. Pendek kata, ia adalah sangat sesuai untuk ‘beginners’.

Tempoh masa adalah selama 37 minit sahaja.

2. Inventicity – Cecilia.

Ini pula adalah course yang direka khas untuk ‘newbie’ di luar sana dan disediakan lebih banyak template. Anda akan belajar bagaimana cara untuk meletakkan diri and sebagai seorang copywriter dan juga The ‘Inventicity’ framework untuk seorang copywriter. Menarik, bukan?

Tempoh masa adalah selama 62 minit sahaja.

3. Copy That.

Ini pula adalah course yang paling baharu diperkenalkan. Anda akan boleh belajar tentang “5 Stages Of Awareness” dengan lebih mendalam. Malah, anda juga akan diselitkan juga dengan sesi di mana anda akan belajar tentang perbezaan menulis untuk prospek dan syarikat.

Tempoh masa adalah selama 309 minit, lebih kurang 5 jam ++.

4. Alex Cattoni.

Anda boleh belajar untuk mendapatkan klien dengan mengasah bakat menulis portfolio bagi memastikan ianya lebih ‘wow’ di mata klien. Hanya luangkan masa 9 minit, anda boleh menyelesaikan masalah menulis portfolio ini. Lepas ini barulah pro!

5. Copy That.

Bila dah belajar basic dan cara untuk membina portfolio, bagaimana pula dengan ‘sales funnel strategy’, kan? Menerusi video ini, anda akan belajar jenis-jenis sales funnels, terminologi marketing funnel dan juga cara untuk melakukan pemasaran berskala.

OH! Untuk rekod, ‘Sales Funnel’ yang dimaksudkan dalam bisnes adalah ‘Corong Jualan’. Ia merupakan satu proses pergerakan seseorang daripada ‘suspek’ dan ‘prospek’ dan akhir sekali kepada ‘pembeli’.

Tempoh masa adalah selama 309 minit, lebih kurang 5 jam ++.

Tiada laptop atau komputer? Itu bukan masalah. Sebenarnya tiada alasan untuk seseorang itu tidak menuntut ilmu. Jadi , guna telefon pun sudah memadai. Yang penting ada niat untuk menimba ilmu serta memanfaatkan waktu-waktu yang terluang daripada dibazirkan dengan perkara tidak bermanfaat, kan?

Dan semestinya, perlu konsisten. Jangan half-way!

Good luck korang semua. 🙂

BACA JUGA: Wanita Ini Kongsi Pendapat Tentang Keperluan Untuk Sambung Belajar Ke Peringkat PhD


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd