Now Reading
[Video] Wanita ‘Terpaling Limited Edition’ Dikecam, Muat Naik DM Reject Lelaki Di Media Sosial

[Video] Wanita ‘Terpaling Limited Edition’ Dikecam, Muat Naik DM Reject Lelaki Di Media Sosial

Tindakan wanita tersebut dilihat menerima kecaman hebat oleh netizen di media sosial gara-gara ramai yang dilihat tidak berpuas hati dengan perbuatan itu.

wanita terpaling limited edition

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Jodoh adalah salah satu rahsia Allah SWT yang tiada siapa tahu.

Meskipun seseorang itu telah bercinta bersama pasangannya selama beberapa tahun dan sudah melakukan segala perancanga serta persiapan untuk menikah, jika ditakdirkan insan itu bukan untuk kita, tidaklah terjadi pernikahan itu.

BACA JUGA: Lelaki Ini Kupas Isu Kenapa Millennials Susah Cari Jodoh. Setuju?

Ini kerana tiada satu orang pun di dalam dunia ini yang mengetahui bagaimanakah jalan hidupnya walaupun ia sudah tertulis sejak daripada empat bulan berada dalam kandungan seorang ibu.

Sumber: Afifah/TRP

Tapi kalau jodoh sudah sampai, jangan pula ditolak begitu sahaja. Doa dan tawakkal kepada Allah SWT supaya insan yang hadir itu adalah yang terbaik untuk anda, keluarga, serta agama.

BACA JUGA: Wanita Bekerjaya Tak Boleh Urus Keluarga? Siapa Kata?


Tular Video Wanita “Reject” Ramai Lelaki Yang Meninggalkan DM Di Media Sosial

Sebut tentang jodoh, baru-baru ini tular satu video di mana memperlihatkan seorang wanita telah memuat naik beberapa keping tangkap layar jejaka-jejaka di media sosial yang mencuba untuk mengenali serta mendekati dirinya.

Walau bagaimanapun, wanita ini dilihat membalas kesemua mesej-mesej tersebut dengan cara paling “savage”.

Video berkenaan telah dimuat naik oleh pengguna Twitter (@twt_gemuk) pada 26 April lalu dan kini berjaya meraih lebih 10 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.


Netizen Luah Ketidakpuasan Hati Isu Tindakan Wanita Muat Naik DM Menolak Tawaran Untuk Berkenalan

Video tersebut bagaimanapun mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan netizen di mana mereka menyuarakan tentang sikap wanita ini yang disifatkan sebagai “terpaling limited edition” gara-gara tindakannya itu.

Malah, ada juga yang mempersoalkan inikah di antara sebab mengapa kaum hawa di luar sana sukar untuk memperoleh jodoh?

Manakan tidak, ketika ada yang datang untuk mengenali lebih rapat, kena ‘reject’ pula. Sampai bila-bila pun tiada yang berani rapat jikalau perkara seperti ini berlanjutan.

“Orang macam ini tak patut complain pasal tak ada jodoh, jodoh lambat. Sepanjang tengok perbualan dia aku tak nampak jodoh pun. Yang aku nampak, bodoh je,” tulis seorang pengguna Twitter yang memberikan reaksi terhadap video berkenaan.

Malah, ada juga yang menegaskan supaya kaum Adam di luar sana untuk tidak mendekati wanita seperti ini dan luahkan lebih masa dan ‘effort’ buat mengenali wanita lain.

“Umur dah jadi makcik tu jangan la acah savage dan jual mahal. Nanti tak ada siapa yang nak korang salahkan takdir dan jodoh belum sampai,” luah seorang lagi pengguna Twitter yang turut memberikan nasihat meskipun bunyinya sedikit ‘pedas’.

Tidak kurang juga segelintir netizen yang mengecam keras tindakan seperti ini kerana wanita tersebut dilihat dengan bangganya memuat naik kesemua DM yang diterima oleh jejaka yang mencuba untuk mengenali dirinya.

Jelas netizen, jika seseorang itu ‘mengiklankan’ diri sendiri dengan tujuan untuk mengenali seseorang (sebagai contoh: @TwtJodohMY), maka individu tersebut tidak seharusnya menyangka tiada orang yang akan mendekati dirinya. Dalam erti kata mudah, bila dah iklankan diri sendiri, pastilah ada yang datang berkunjung untuk mencuba nasib, kan?

Dan untuk membalas mesej seseorang sekiranya anda tidak mahu menerima mereka juga ada caranya. Janganlah digunakan cara dan bahasa yang boleh mengguris hati sesama manusia.

Kan tak manis, terutamanya mereka yang masih bujang dan sedang mencari jodoh. Pendek kata, jika tidak mahu, jangan dikasari. Diam sahaja dan ‘reject’ dengan cara yang baik.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

BACA JUGA: 5 Fasa Perkahwinan Ini Wajib Diketahui, Terutama ‘Power Struggle’. Paling Digeruni!

BACA JUGA: Apa ‘Plan B’ Korang Kalau Pegang Status Bujang Selamanya?


Untuk rekod, pada tahun 2022, 34% individu berumur 15 tahun ke atas yang tidak pernah berkahwin, meningkat daripada 23% pada tahun 1950.

Anggaran umur median untuk berkahwin pada tahun 2022 buat kali pertama ialah 30.1 untuk lelaki dan 28.2 untuk wanita, meningkat daripada umur 23.7 dan 20.5 , masing-masing, pada tahun 1947.

Jumlah perkahwinan meningkat kepada 15.4% daripada 186,297 (2020) kepada 214,943 (2021). Sementara itu, jumlah perceraian menurun 7.1% daripada 47,272 (2020) kepada 43,934 (2021).

Untuk mengetahui pecahan penuh dan lengkap mengikut negeri di Malaysia, boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd