Now Reading
Wanita Bekerjaya Tak Boleh Urus Keluarga? Siapa Kata?

Wanita Bekerjaya Tak Boleh Urus Keluarga? Siapa Kata?

Who runs the world?!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila bercakap tentang wanita bekerjaya, pasti ada segelintir yang ‘skeptikal’.

Mereka seolah-olah menganggap bahawa wanita bekerjaya tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menguruskan keluarga, keperluan anak-anak, serta suami.

Mana tidaknya, dengan kerja hakiki, keperluan asas keluarga dan sebagainya. Cukup tangan ke nak buat semua itu? Belum lagi wanita yang memegang gelaran sebagai seorang ibu, isteri dan pelajar.

Ha, macam mana pula tu?

Ada anak, ada suami dan masih bergelar ‘pelajar’.


Pendapat Tentang ‘Wanita Bekerjaya’

Baru-baru ini, kami tertarik dengan perkongsian seorang pengguna Twitter (MintKr) di mana dia menceritakan tentang kisah ibunya yang digelar sebagai ‘Wanita Bekerjaya’ (Career Woman).

Jelasnya menerusi bebenang ciapan tersebut, ibunya sanggup melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (PhD) kerana menurut wanita itu, dia masih ingin menimba ilmu.

My mom has always been a career woman even before I was born. Did PhDs sebab dia rasa dia tak cukup ilmu, while taking care all of us. A strong “male figure” in my life. To proof that woman is powerful. She’s at the same age as me in this picture tapi lagi banyak commitment.

MintKr menerusi Twitter.
Sumber: MintKr/Twitter

Mengulas lanjut, dia bersyukur memiliki seorang ibu yang boleh dijadikan sebagai idola. Walaupun kadang kala dia berasa ‘kecil’ jika nak dibandingkan kerjayanya ketika ini dengan ibunya. Bab pendidikan pun jauh berbeza.

Commitment & unconditional love lagi la.

MintKr menerusi Twitter.
Sumber: MintKr/Twitter

Oleh disebabkan itu, dia merasakan tidak ada masalah untuk membesar dengan wanita yang bekerjaya seperti ibunya.

Walau bagaimanapun, dia mengerti jika ada segelintir individu yang mempersoalkan tentang perkara ini. Lain orang, lain POV untuk semua perkara, termasuk soal kerjaya ini.


Warganet Turut Terinspirasi.

Perkongsian ini sememangnya menjadi ‘eye-opener’ buat segelintir individu di luar sana di mana mereka turut berkongsi pengalaman tersendiri.

Ada juga yang kagum dengan kaum wanita yang bergelar isteri, ibu, dan pelajar dalam masa yang sama.

Betul-betul superwoman!

Tidak dinafikan, perkongsian seperti ini juga mampu membuatkan orang ramai ‘terinspirasi’.

Hebat sungguh seorang wanita.

Kesimpulannya, sesetengah wanita mempunyai impian tersendiri.

Di mana mereka mungkin ingin menjadi seorang wanita bekerja yang berjaya, walaupun mereka menyedari bahawa tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu juga berada di bahu mereka.

Impian adalah sesuatu yang amat peribadi dan banyak mempengaruhi keyakinan diri dan haluan hidup seseorang. Yang penting, sokongan daripada orang-orang yang tersayang adalah penting.

Untuk semua wanita bekerjaya di luar sana, KEEP GOING!

Sumber: Giphy

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd