Isu Resit Caj RM5 Kerana Bentang Tikar Di Pantai Port Dickson Adalah Palsu – MPPD
Majlis Perbandaran Port Dickson memaklumkan resit caj RM5 itu adalah inisiatif untuk mengelakkan pengunjung meninggalkan sampah di kawasan pantai tersebut.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bila teringin nak berehat di kawasan pantai sambil layan angin sepoi-sepoi bahasa, mesti ramai yang akan terfikir Port Dickson (PD) kerana lokasi ini mempunyai banyak pantai yang best!
Namun baru-baru ini, tular satu isu yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@TravelJimat) mendakwa pengunjung yang membentangkan tikar di kawasan kaki lima berhampiran pantai di Port Dickson dikenakan caj RM5.
Menurutnya, pengunjung berkenaan hanya membentangkan tikar di sekitar kawasan kaki lima di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.
Disebabkan itu, pengunjung berkenaan meminta pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPP) untuk memantau tindakan berkenaan.
Sekarang ni g port dickson semua eh bayar. smart btol kau duduk dekat kaki 5 ni letak tika pun kena bayar rm5. Bukan nya duduk dkt tapak khemah tu pun, punya lah sial baik kau koba air laut tu pun kau baya sewa, Majlis Perbandaran Port Dickson tolong pantau sikit, pic.twitter.com/WiDWBtaZxB
— Travel Jimat (@TravelJimat) March 12, 2023
Ada Netizen Lain Pun Tak Puas Hati Dengan Tindakan Tersebut
Perkongsian tersebut bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial dan rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan yang dikenakan kepada pengunjung di Teluk Kemang itu.
Malah, ada juga yang memberi pendapat tindakan tersebut menyebabkan rakyat Malaysia lebih memilih untuk bercuti ke luar negara.




Namun, ada pula yang mendakwa bahada resit tersebut menunjukkan pengunjung menyewa tikar dan bukannya menyewa tapak seperti yang dikatakan.




Majlis Perbandaran Port Dickson Tampil Beri Penjelasan Sebenar
Berikutan tular tentang isu resit caj membentang tikar di Pantai Teluk Kemang, pihak MPPD tampil memberi penjelasan.
Memetik laporan Harian Metro, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) Mohd Zamri Mohd Esa menjelaskan bahawa pihak mereka telah melantik operator di Wellness Zone, Pantai 1, Teluk Kemang bagi memantau kawasan tersebut.
Walau bagaimanapun, resit RM5 yang didakwa dikenakan kerana membentang tikar di kawasan kaki lima adalah palsu.
Saya difahamkan resit yang ditunjukkan itu adalah palsu dan berharap agar pengunjung faham kenapa bayaran itu dikenakan dan bukan kerana membentangkan tikar.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) Mohd Zamri Mohd Esa.

Difahamkan, caj tersebut yang dikenakan kepada pengunjung merupakan inisiatif pihaknya sebagai langkah untuk mengatasi masalah sampah terlalu banyak ditinggalkan oleh mereka.
Pihak Wellness Zone ada menyediakan plastik sampah dan bukan kerana sewa tapak seperti yang ditularkan. Bilangan pengunjung yang terlalu ramai dan kerana kekurangan tong sampah menyebabkan pengunjung membuang sampah merata-rata
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) Mohd Zamri Mohd Esa.
Pada masa yang sama, kutipan caj itu juga akan digunakan untuk menambah baik kemudahan fasiliti, infrastruktur serta landskap di kawasan berkenaan bagi menjaga tahap kebersihan.
Lokasi Piknik Yang Menarik Sekitar Lembah Klang
Selain di pantai, terdapat banyak lagi tempat untuk berkelah yang seronok dan sesuai untuk keluarga serta rakan-rakan di sekitar Lembah Klang.
Yang paling penting, tempat tersebut bersih dan juga ‘Instagramable’ untuk mereka yang suka ber-OOTD.
Antara lokasi menarik untuk berpiknik sekitar Lembah Klang adalah seperti:
- Taman Saujana Hijau, Putrajaya
- Taman KLCC
- Taman Botani Perdana
- Taman Tasik Titiwangsa
- Desa Park City
- Taman Rekreasi Bukit Jalil
- Taman Lembah Kiara
BACA JUGA: 5 Tempat Piknik Menarik Di Sekitar KL & Selangor. Ayuh!
BACA JUGA: Pantai Floria Di Putrajaya Bakal Jadi Tarikan Baharu Untuk Orang Ramai
BACA JUGA: Terleka Jalan-jalan Di Pantai, 3 Individu Cemas Kereta Hampir ‘Ditarik’ Masuk Laut
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.