Now Reading
“Toby Tinggalkan Saya…” – Syed Saddiq

“Toby Tinggalkan Saya…” – Syed Saddiq

Kucing kesayangan Syed Saddiq, Toby, sebelum ini pernah diisytiharkan sebagai salah satu aset yang dimiliki olehnya. Pengisytiharan itu merupakan salah satu persediaan calon untuk bertanding dalam PRU15.

toby syed saddiq

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Hari ini (28 Februari), Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi hantaran di Instagram miliknya @syedsaddiq sekitar empat jam lalu memaklumkan bahawa dia telah kehilangan kucing kesayangannya, Toby.

Menerusi hantaran berkenaan, Toby dikatakan telah meninggalkan mereka secara tiba-tiba.

Begitu tiba-tiba. Sangat sedih. Saya sangat merinduinya. Terima kasih kerana berada di sana untuk saya dalam masa yang sukar. Semoga anda berehat dengan baik di ‘syurga kucing.

Syed Saddiq, menerusi Instagram miliknya.

Untuk rekod, Toby begitu dikenali oleh orang ramai di media sosial Presiden Parti Ikatan Demoktratik (MUDA) itu kerana Syed Saddiq sendiri sebelum ini sering berkongsikan telatah manja haiwan peliharaannya itu untuk tontonan umum.


Ramai Turut Berduka Kehilangan Toby

Menjengah di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata pengguna media sosial turut meluahkan rasa simpati dan berduka di atas kehilangan tersebut. Ternyata, ramai juga yang menyatakan bahawa hanya pemilik kucing sahaja yang tahu akan perasaan kehilangan haiwan kesayangan itu.

Kucing ini bukanlah hanya haiwan yang comel, tetapi ia juga haiwan kesukaan Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, kucing sememangnya haiwan yang begitu disayangi serta disenangi ramai.

BACA JUGA: Selalu Buat Konten TikTok Dengan Ayah, Kucing Tak Keruan Cari Tuan Yang Dah Meninggal Dunia

BACA JUGA: Warga Emas Didakwa Tembak Kucing Milik Jiran Sehingga Mati

BACA JUGA: [Video] Gelagat Monyet Culik Anak Kucing Undang Pelbagai Reaksi, Siap Ada Yang Minta Panggil Bomba


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd