Now Reading
[Video] Gelagat Monyet Culik Anak Kucing Undang Pelbagai Reaksi, Siap Ada Yang Minta Panggil Bomba

[Video] Gelagat Monyet Culik Anak Kucing Undang Pelbagai Reaksi, Siap Ada Yang Minta Panggil Bomba

Berdasarkan video tersebut, kelihatan tindakan monyet mendukung seekor anak kucing di atas kabel elektrik itu juga mendapat perhatian penduduk di sana.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selain lawak jenaka yang dibuat oleh manusia, kita juga boleh terhibur hanya dengan melihat gelagat haiwan sama ada di dalam video atau secara langsung di depan mata.

Namun melihat aksi haiwan juga boleh menimbulkan perasaan ‘seriau’ sekiranya ia melakukan aksi yang pelik.

Begitulah yang terjadi pada satu video ini apabila tular di media sosial telatah seekor monyet yang menculik seekor kucing dan membawa larinya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @izude__, lelaki terbabit dilihat sedang memujuk monyet terbabit dengan menggunakan sebiji pisang.

https://www.tiktok.com/@izude__/video/7196247935850466586?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7160156109092832769

Monyet panjat tiang elektrik sambil peluk kucing

Apa yang lebih menarik, terlihat menerusi rakaman monyet terbabit memanjat tiang elektrik sambil memeluk kucing tersebut.

Difahamkan, kejadian mencuit hati itu berlaku di Kota Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia.

Video tular itu ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai sehingga ada yang ingin mengetahui nasib anak kucing tersebut.

Monyet ada atas kabel elektrik sambil dukung anak kucing

Susulan itu, pemilik video memuat naik satu lagi hantaran di laman TikTok miliknya yang menunjukkan monyet terbabit sedang berjalan di atas kabel elektrik sambil mendukung anak kucing tersebut.

https://www.tiktok.com/@izude__/video/7196683807657823514?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7160156109092832769

Bagaimanapun, kemas kini terbaharu mendapati kucing terbabit sudah pun dilepaskan oleh monyet terbabit dan berada dalam keadaan selamat.

https://www.tiktok.com/@izude__/video/7196935603701828891?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7160156109092832769

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa risau dan kasihan melihat nasib anak kucing tersebut.

Bagaimanapun, segelintir netizen juga berasa terhibur melihat gelagat monyet bersama kucing terbabit, malah mereka juga berseloroh dengan meminta pemilik video untuk menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan.

Sumber: TikTok/izude_
Sumber: TikTok/izude__
Sumber: TikTok/izude__
Sumber: TikTok/izude_
Sumber: TikTok/izude__

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd