Now Reading
Selalu Buat Konten TikTok Dengan Ayah, Kucing Tak Keruan Cari Tuan Yang Dah Meninggal Dunia

Selalu Buat Konten TikTok Dengan Ayah, Kucing Tak Keruan Cari Tuan Yang Dah Meninggal Dunia

Kucing bernama Ciput itu tidak tentu arah mencari tuannya selepas arwah difahamkan sudah meninggal dunia pada 11 September lalu.

[Video] Ayah Dah Meninggal, Kucing Cari Tuan Siap Bau Di Tempat Terakhir Arwah Baring

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kehilangan orang tersayang terutamanya ahli keluarga adalah perkara yang paling menyayat hati. Tetapi sebagai manusia, kita perlu redha dan menerima takdir yang telah ditentukan.

Bila seseorang itu telah dijemput Ilahi, bukan ahli keluarga sahaja bersedih, malah haiwan peliharaan seperti kucing yang dibela pun boleh faham situasi ketika itu.

Kucing yang terkenal dengan sifat setia sudah tentu boleh ‘merasai’ sekiranya ada sesuatu yang berlaku kepada tuan mereka.

Kucing tak keruan cari tuannya yang sudah meninggal dunia

Menerusi satu video dimuat naik di laman TikTok (@ladymarsya), wanita ini menunjukkan aksi kucing peliharaan di rumahnya dikenali sebagai Ciput yang tidak keruan selepas mencari tuannya.

Malah Ciput juga dilihat cuba mencari ‘bau’ tuannya di tempat terakhir arwah terbaring.

Ciput macam dah tak tentu arah cari ayah. Dia cari mana ayah. Dia cari bau ayah. Lama Ciput berdiri di situ. Dia bau ayah last terbaring dekat sini.

Pengguna TikTok.

Difahamkan, tuan kepada kucing tersebut yang juga bapa kepada pengguna TikTok berkenaan telah menghembuskan nafas terakhir pada 11 September lalu.

Saya nak minta tolong kepada semua sedekahkan Al-Fatihah untuk ayah saya. Beliau kembali ke rahmatullah pada 11 September 2022. Moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Pengguna TikTok.

Rakaman ayahnya bermanja dengan Ciput serta ditambah dengan latar belakang muzik yang memilukan membuatkan video itu semakin sedih.

Video tersebut yang baru sahaja dimuat naik semalam (12 September) telah meraih 1.8 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

@ladymarsya

Ya allah aku tak kuat . Mintak tolong korang sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah Ayah . #ayahnciput #ciputkhan

♬ Only Love Can Hurt Like This (Slowed Down Version) – Paloma Faith

Arwah juga dikenali ramai di laman TikTok kerana sering dilihat bermanja dan mengajar pelbagai jenis taktik kepada kucing peliharaan bernama Ciput.

https://www.tiktok.com/@ladymarsya/video/7127618594845805851?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Dan siapa sangka, rakaman di bawah adalah video terakhir dimuat naik beberapa hari sebelum arwah meninggal dunia.

https://www.tiktok.com/@ladymarsya/video/7140236190401236251?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Sebak tengok kucing cari tuan dia

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang agak terkejut mendapat khabar bahawa tuan kepada kucing bernama Ciput itu sudah meninggal dunia.

Ramai yang kata macam baru sahaja melihat video mereka berdua bermain bersama.

Ada juga yang beri nasihat untuk berikan baju arwah bagi membolehkan Ciput membaunya supaya dia tidak terlalu tertekan atau murung dengan pemergian tuannya.

Kita yang tak berapa kenal dengan arwah pun boleh terkesan dengan pemergiannya. Inikan pula ahli keluarganya dan Ciput yang hari-hari bermain dengan tuannya.

Sama-sama kita mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

BACA JUGA: Kucing Selamat Dari Banjir, Sempat Jumpa Tuan Sehari Sebelum Dijemput Ajal


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd