Penumpang Kecewa Kerusi Pesawat Ditampal Dengan Pita Pelekat, Ini Respon Dari AirAsia
Ketua Kejuruteraan AirAsia Alvin Tan memaklumkan pita pelekat yang ditampal pada kerusi penumpang adalah kerana syarikat berkenaan sedang mengalami kekurangan alat gantian.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Setiap kali mahu ke luar negara, AirAsia X akan menjadi salah satu pilihan orang ramai kerana perkhidmatan ini menawarkan harga tambang perjalanan dengan kos yang rendah.
Selepas negara mula pulih dari pandemik, AirAsia X juga mengambil peluang ini untuk kembali menghangatkan perkhidmatan mereka dengan menambah pelbagai destinasi baharu yang terkenal.
Antara laluan popular yang ditawarkan oleh AirAsia X adalah seperti New Delhi, Sydney, Seoul (Incheon), Tokyo (Haneda), Sapporo (Chitose), Osaka (Kansai).
BACA JUGA: AirAsia X Kembali Terbang Ke Gold Coast, Australia
BACA JUGA: AirAsia X Kembali Terbang Ke Jeddah
BACA JUGA: AirAsia X Kembali Terbang Ke Melbourne Bermula Hari Ini, 2 November 2022
Penumpang Dakwa Pesawat AirAsia X Tampal Pita Pelekat Pada Kerusi Penumpang
Beberapa hari lalu, tular gambar menunjukkan keadaan kerusi penumpang di dalam sebuah pesawat dipercayai milik AirAsia X yang ditampal dengan pita pelekat berwarna kuning di bahagian untuk meletakkan tangan.
Gambar-gambar tersebut telah dimuat naik di laman Facebook (Edward Yong) oleh salah seorang penumpang yang berada di dalam pesawat AirAsia X D7 379 dari Taipei ke Kuala Lumpur.
Menurutnya, perjalanan pada 20 Februari lalu membuatkan dirinya berasa malu kerana menganggap keadaan kerusi penumpang itu akan membuatkan pelancong asing memandang rendah kepada Malaysia.
Saya rasa malu. Pelancong asing mesti terfikir yang mereka akan pergi ke sebuah negara mundur kerana kerusi penumpang dalam pesawat ditampal dengan pita pelekat.
Salah seorang penumpang di dalam pesawat, Edward Yong.
Gambar Keadaan Kerusi Penumpang Ditampal Dengan Pita Pelekat Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Hantaran dengan beberapa keping gambar yang dimuat naik menunjukkan keadaan kerusi penumpang dipercayai di dalam pesawat AirAsia X itu telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen.
Sesetengah netizen menganggap perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana mereka sepatutnya menjaga keselamatan para penumpang yang menaiki pesawat itu.
Malah, ada yang mendakwa keadaan itu serasi dengan syarikat perjalanan kos tambang murah.
Namun begitu, ada juga netizen yang berpihak kepada AirAsia X kerana berpendapat tindakan menampal pita pelekat pada kerusi penumpang itu mempunyai sebab-sebab tertentu.
Mereka juga mengatakan bahawa kerosakan yang berlaku bukanlah berpunca daripada pihak AirAsia sendiri tetapi para penumpang yang menggunakan kerusi tersebut.
AirAsia Tampil Beri Penjelasan Isu Tampal Kerusi Penumpang Dengan Pita Pelekat
Selepas tularnya gambar menunjukkan keadaan kerusi penumpang yang ditampal dengan pita pelekat berwarna kuning, pihak AirAsia tampil memberi penjelasan.
Memetik laporan Channel News Asia, Ketua Kejuruteraan AirAsia Alvin Tan memaklumkan pita pelekat yang digunakan itu adalah kerana operasi penerbangan syarikat berkenaan sedang mengalami kekurangan alat gantian.
Pita pelekat tersebut hanya digunakan untuk sementara waktu sahaja bagi meneruskan jadual penerbangan seperti yang sudah ditetapkan. Pada masa yang sama, kami juga mengutamakan keselamatan para penumpang agar mereka dapat tiba di destinasi dengan selamat.
Ketua Kejuruteraan AirAsia Alvin Tan.
Tambahnya lagi, alat gantian yang ditempah pada bulan Ogos 2022 baru sahaja tiba minggu lepas dan kerja pembaikan sedang berjalan secara berperingkat.
Sementara itu, jurucakap syarikat berkenaan memberitahu kepada Majoriti bahawa mereka memohon maaf kepada para penumpang yang terkesan dengan perkara yang berlaku.
Mereka juga menegaskan bahawa keselamatan para penumpang tidak akan diabaikan dan menjadi keutamaan mereka.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram