Now Reading
AirAsia Tawar Diskaun Hingga 50% Untuk Kombo Flight Serta Hotel & Tempat Duduk PERCUMA*

AirAsia Tawar Diskaun Hingga 50% Untuk Kombo Flight Serta Hotel & Tempat Duduk PERCUMA*

Kalau nak travel lebih jauh, AirAsia X juga menawarkan penerbangan sehala ke Gold Coast, Busan, Taipei, Beijing dan banyak lagi daripada RM269* bagi tempat duduk ekonomi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (16 Oktober), AirAsia selaku Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia telah mengukuhkan komitmen untuk terus merangsang industri pelancongan Malaysia pada tahun 2024 melalui inisiatif tempat duduk PERCUMA* bertujuan menjadikan perjalanan udara mudah diakses orang ramai.

Anda boleh terbang ke Pulau Pinang, Langkawi, Alor Setar, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan banyak lagi dari RM25* sehala termasuk semua dan nikmati keindahan destinasi terkemuka Asean seperti Bali, Krabi, Phnom Penh, Phu Quoc, Bangkok dan banyak lagi dari RM80* sehala.

Sumber: Siti Murni/TRP

Tawaran Untuk Terbang Bersama AirAsia X

Bagi mereka yang ingin mengembara lebih jauh, AirAsia X juga menawarkan penerbangan ke Gold Coast, Busan, Taipei, Beijing dan banyak lagi daripada RM269* semua dalam sehala untuk tempat duduk ekonomi.

Penerbangan tersedia bagi tempahan bermula hari ini hingga 25 Oktober 2023 untuk tempoh perjalanan antara 4 Mac 2024 dan 12 Februari 2025.

Sumber: Siti Murni/TRP

Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Limited berkata, “Pada awal tahun ini, kami telah melancarkan kempen Tempat duduk PERCUMA* pertama kami bagi tahun ini dengan 5 juta kerusi. Sejak itu, kami telah menerbangkan lebih 37 juta pengembara merentasi rantau ini dari Mac hingga minggu pertama Oktober.

“Hari ini, kami berbangga untuk menggandakan tawaran dan berharap untuk meningkatkan industri pelancongan Malaysia pada tahun 2024 sama seperti yang telah kami lakukan tahun ini.

Sumber: Siti Murni/TRP

“Kami telah kembali kepada kedudukan kami sebelum ini dan memandangkan kami menyasarkan untuk mengembalikan kesemua 204 buah pesawat menjelang akhir tahun ini, kami akan terus mengembangkan rangkaian dengan kukuh dengan laluan baharu dan memulihkan laluan merentasi Asean dan seterusnya.”


Tawaran 30% Diskaun Untuk Insurans Kelewatan Penerbangan

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh bercuti dengan tenang di mana tawaran 30% diskaun untuk Insurans Kelewatan Penerbangan* bagi penerbangan AirAsia Malaysia (AK, FD, QZ, Z2) kecuali AirAsia X (D7 dan XJ) menawarkan pampasan secara sekali sahaja sebanyak RM200.

Walau bagaimanapun, pelanggan layak menerimanya jika penerbangan tertunda sekurang-kurangnya dua (2) jam dari tarikh berlepas yang dijadualkan atau mana-mana waktu berlepas baru.

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati potongan 30% pilihan tempat duduk untuk penerbangan AirAsia X (D7), serta diskaun 10% untuk makanan dalam penerbangan yang ditempah awal untuk semua penerbangan ditempah dalam tempoh promosi.


Diskaun 50% Kombo Penerbangan & Hotel

Tidak hanya itu, ada lagi tawaran berpatutan iaitu diskaun sehingga 50% untuk kombo Penerbangan dan Hotel.

Selain itu, nikmati diskaun sehingga 50% daripada mana-mana hotel di seluruh dunia dan POTONGAN RM3 x 2 perjalanan dengan kod promo MOVEMY apabila anda menempah perjalanan airasia di airasia Superapp yang akan dijenamakan semula kepada airasia MOVE tidak lama lagi.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbmFacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd