Now Reading
AirAsia X Kembali Terbang Ke Gold Coast, Australia

AirAsia X Kembali Terbang Ke Gold Coast, Australia

Laluan itu akan menjadi destinasi keempatnya di Australia, selepas pelancaran Sydney, Melbourne dan Perth baru-baru ini.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semalam (5 Disember), AirAsia X (AAX) mengumumkan bakal menambah rangkaiannya di Australia dengan menyambung semula perkhidmatan ke laluan pertamanya ke Gold Coast bermula 15 Februari 2023.

Laluan itu akan menjadi destinasi keempatnya di Australia, selepas pelancaran Sydney, Melbourne dan Perth baru-baru ini.

Dari bulan April hingga November tahun ini, AAX telah menerbangkan lebih 30,000 tetamu antara Malaysia dan Australia.

Jumlah ini dijangka meningkat dengan ketara berikutan pengumuman hari ini dan kekerapan tambahan ke Sydney dan Melbourne pada bulan ini.

Sempena meraikan penyambungan semula ke laluan pertamanya, AAX menawarkan tambang termasuk semua* bernilai hebat antara Kuala Lumpur dan Gold Coast daripada RM799 atau AUD299 sehala untuk tempat duduk ekonomi dan RM3,999 atau AUD1,999 sehala untuk Premium Flatbed.

Terdapat permintaan yang amat menggalakkan untuk syarikat penerbangan itu kembali ke ‘Permata Queensland’. Ini kerana Gold Coast merupakan salah satu destinasi percutian utama dan pintu masuk ke Australia yang menawarkan sambungan domestik yang kukuh ke serata Queensland dan lain-lain.

Ketua Pegawai Eksekutif AAX, Benyamin Ismail.

Benyamin dalam masa yang sama mengatakan keterujaannya untuk kembali ke Gold Coast dan menjadi syarikat penerbangan tambang rendah pertama yang terbang terus ke bandar itu.

Ketua Pegawai Eksekutif AAX, Benyamin Ismail.

Sebagai laluan pertama kami yang dilancarkan pada November 2007, ini merupakan pengumuman yang amat istimewa untuk AAX. Kira-kira 15 tahun lalu, Gold Coast menjadi pemangkin kepada kelahiran AAX dan pengembangan pesat kami ke Australia yang kini menjadi salah satu pasaran teras paling popular.

Ketua Pegawai Eksekutif AAX, Benyamin Ismail.

Tambahan pula, melalui Kuala Lumpur, AirAsia X juga akan menghubungkan para tetamu dari Gold Coast ke lebih 130 destinasi di seluruh Asia termasuk:

  • Thailand.
  • Vietnam.
  • Jepun.
  • India.
  • Korea Selatan dan banyak lagi.

AAX Dari KL Disokong Oleh Dana Penerbangan Kerajaan Queensland

Menteri Pelancongan Queensland Stirling Hinchliffe dalam masa yang sama turut mengatakan bahawa perkhidmatan AAX dari Kuala Lumpur telah disokong oleh dana penerbangan Kerajaan Queensland bernilai AUD200 juta, dengan kerjasama empat lapangan terbang antarabangsa Queensland.

Penyambungan semula perkhidmatan AAX ke Lapangan Terbang Gold Coast juga adalah pelaburan yang hebat dalam sektor pelancongan dan pekerjaan Gold Coast. Penerbangan antarabangsa yang berdaya saing amat penting untuk membina semula ekonomi oleh pelancong luar negara pasca Covid-19 dan itulah sebabnya kami menyokong AAX di Gold Coast.

Menteri Pelancongan Queensland Stirling Hinchliffe

Untuk rekod, pengembangan AAX ke Australia, Thai AirAsia X (XJ) juga baru-baru ini telah melancarkan perkhidmatan terus pertamanya dari Bangkok ke Sydney dan Melbourne.

Pelancaran ini menambah rangkaian kumpulan syarikat penerbangan itu ke enam laluan di Australia, menawarkan lebih nilai dan pilihan untuk para tetamu.

Selain itu, AirAsia Indonesia (QZ) baru-baru ini meningkatkan perkhidmatan antara Perth dan Bali kepada dua kali sehari bagi memenuhi permintaan yang menggalakkan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd