Now Reading
AirAsia X Kembali Terbang Ke Jeddah

AirAsia X Kembali Terbang Ke Jeddah

Penumpang boleh membuat tempahan pada aplikasi airasia Super App atau menerusi laman web bagi tempoh penerbangan mulai sekarang sehingga 30 November 2023.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Penerbangan sulung AirAsia X (AAX) dari Kuala Lumpur ke Jeddah, Arab Saudi selamat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) dengan kapasiti penumpang lebih 80% hari ini (16 November) menandakan penyambungan semula perkhidmatan AAX ke Timur Tengah.

Ia turut menyaksikan permulaan gabungan usahasama AAX dengan IKHLAS (platform kembara dan gaya hidup mesra Muslim Capital A) bagi menawarkan pakej ‘Umrah bersama IKHLAS’ dengan harga berpatutan.

Sumber: AirAsia

Kami amat gembira dapat kembali ke Jeddah, gerbang utama ke kota suci Makkah dan Madinah. Dengan enam penerbangan seminggu, perkhidmatan kami diteruskan dengan tawaran kembara mampu milik untuk tetamu di Malaysia dan rantau Asia untuk mengerjakan ibadah Haji dan Umrah. Kami yakin laluan ini akan kekal mampan berikutan aliran trafik yang tinggi antara Malaysia dan Arab Saudi, serta permintaan yang sentiasa meningkat untuk perkhidmatan Umrah bukan sahaja dari Malaysia malah Indonesia, menjadikan Kuala Lumpur hab Umrah penting di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail.

Benyamin turut menjelaskan bahawa jemaah dari negara lain juga berpeluang ke Jeddah menerusi AAX sementara pengunjung dari Saudi boleh dihubungkan ke 130 destinasi AirAsia melalui Kuala Lumpur.

Kita telah menunggu selama dua tahun untuk Arab Saudi membuka sektor pelancongannya untuk mempermudahkan lagi para tetamu Allah untuk mengerjakan Umrah dan bagi pengembara meneroka pelbagai destinasi menarik di negara tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif IKHLAS, Ikhlas Kamarudin.

Ikhlas dalam masa yang sama menyatakan sasaran mereka adalah untuk membangunkan produk kembara dan gaya hidup komprehensif dengan kos rendah dan servis lengkap kepada tetamu ke Tanah Suci dengan memperkenalkan kaedah tempahan Umrah yang baharu menggunakan inovasi sistem dan platform sehenti ini.

Tambang Dari Kuala Lumpur Ke Jeddah Bermula RM1,629

Tambang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah bermula RM 1,629 sehala untuk tempat duduk Ekonomi atau tetamu boleh memilih untuk menikmati tempat duduk Premium Flatbed mulai RM 3,199 sehala.

Penumpang boleh membuat tempahan dengan menekan ikon ‘Flights’ pada aplikasi airasia Super App atau menerusi laman web bagi tempoh penerbangan mulai sekarang sehingga 30 November 2023.

Pakej Umrah Bersama IKHLAS

Kredit: Unsplash

Di samping itu, tetamu juga boleh menempah pakej ‘Umrah bersama IKHLAS’ dengan harga bermula RM 5,990 bagi Umrah Lite dan RM 7,890 bagi Umrah Jejak Rasul atau RM 7,690 bagi Umrah Hawa khusus untuk jemaah wanita.

Semua pakej Umrah termasuk penerbangan pergi balik bersama AAX.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej Umrah, boleh [KLIK SINI].

BACA LANJUT: Capital A Lancar IKHLAS, Platform Gaya Hidup Patuh Shariah Buat Umat Islam


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd