Now Reading
[Video]”Saya Tiada Pilihan” – Bapa Jaga 4 Orang Anak Sambil Cari Rezeki Jahit Kasut Tepi Kaki Lima

[Video]”Saya Tiada Pilihan” – Bapa Jaga 4 Orang Anak Sambil Cari Rezeki Jahit Kasut Tepi Kaki Lima

Difahamkan tukang jahit kasut ini telah bercerai dengan bekas isteri dan masing-masing menjaga dua orang anak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Dalam kehidupan, kita memang tidak boleh lari dari ujian yang diberikan oleh Tuhan. Lain orang, lain dugaannya.

Ada yang diuji dari segi kewangan, masalah rumah tangga, masalah kesihatan dan sebagainya.

Namun dengan adanya ujian inilah yang akan membuatkan seseorang itu lebih kuat untuk menjalani liku-liku kehidupan.


Bapa Sanggup Jaga Anak-anak Kecil Sambil Bekerja Sebagai Tukang Jahit Kasut Di Kaki Lima

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@gadistudunglitup), wanita itu menceritakan kisah seorang tukang jahit yang juga merupakan bapa kepada empat orang anak yang ditemui di kaki lima.

Wanita tersebut menceritakan lelaki tersebut mencari sumber pendapatan dengan mengambil upah menjahit kasut sambil menjaga anak-anaknya yang masih kecil.

Dalam video tersebut, dapat dilihat lelaki itu mendukung anaknya yang masih bayi manakala tiga lagi anaknya duduk di kerusi dan juga lantai.

Difahamkan, lelaki itu akan bekerja pada setiap hari Sabtu berhadapan dengan sebuah bank di Taman Johor Jaya, Johor Bahru.

Video ini telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 746,600 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@gadistudunglitup/video/7168723458141048090

Bapa Dan Tukang Jahit Berusia 24 Tahun Tidak Mahu Abaikan Tanggungjawab Jaga Anak-anak

Memetik dari sumber Berita Harian, tukang jahit lelaki itu bernama Mohammad Khairul Nizam Mohd Tamyis atau lebih mesra dengan gelaran Mad menjelaskan bahawa dia tidak mahu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa ketika keluar mencari rezeki.

Saya tidak mahu mengabaikan tanggungjawab menjaga anak-anak dan terpaksa membawa mereka bersama ketika menjahit kasut kerana saya tiada pilihan lain.

Mohammad Khairul Nizam Mohd Tamyis.

Mad yang berusia 24 tahun tidak mempedulikan tanggapan negatif masyarakat terhadapnya yang hanya bekerja sebagai tukang jahit kasut untuk mencari sumber rezeki bagi menyara anak-anaknya.

Namun tanggungjawabnya untuk menjaga anak-anak semakin mencabar apabila dia difahamkan telah berpisah dengan isteri pada tahun lalu.

Buat masa ini , saya jaga dua orang anak berusia tiga dan enam tahun manakala bekas isteri saya pula jaga anak sulung berusia lapan tahun dan bongsu berusia setahun.

Mohammad Khairul Nizam Mohd Tamyis.
[Video]"Saya Tiada Pilihan" - Bapa Jaga 4 Orang Anak Sambil Cari Rezeki Jahit Kasut Tepi Kaki Lima
Sumber: TikTok @gadistudunglitup

Mad juga menceritakan bahawa pendapatannya setiap hari tidak menentu dan hanya mampu memperolehi RM80 hingga RM100 sehari.

Dengan pekerjaan sebagai tukang jahit kasut, saya mampu beri nafkah RM50 setiap hari dan membeli susu anak dan lampin pakai buang. Tetapi pendapatan saya tidak tetap dan akan berkurangan sekiranya hari hujan.

Mohammad Khairul Nizam Mohd Tamyis.

Dalam pada itu, dia tidak menyangka akan ada individu yang prihatin dengan keadaan dirinya sehingga mendapat perhatian.

Sama-sama kita mendoakan agar segala urusannya untuk mencari rezeki dipermudahkan. Amin.

BACA JUGA: Motor Ditarik Oleh Bank, Bapa Sanggup Jalan Kaki 8KM Hantar Anak Ke Sekolah

BACA JUGA: [Video] Warga Emas 78 Tahun Gigih Jual Air Tebu Tepi Jalan Demi Mencari Rezeki Halal


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd