[Video] Warga Emas 78 Tahun Gigih Jual Air Tebu Tepi Jalan Demi Mencari Rezeki Halal
Tersentuh betul hati bila tengok orang tua yang sekuat ini.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Lain orang, lain cabaran hidup yang diterima.
Ada orang dikurniakan dengan rezeki mencukupi, namun diuji pula dengan perkara lain dan ada juga yang sebaliknya.
Pendek kata, ujian setiap individu adalah berbeza. Apa yang membuatkan kita kuat adalah cara mengatasi dan menyelesaikannya.
BACA JUGA: [Video] Realiti Hidup Ayah Tunggal Besarkan Anak Hampir Sama Dalam Filem Korea
Warga emas 78 tahun jual air tebu
Bila difikirkan kembali, umur 78 tahun selalunya hanya perlu berehat di rumah dah cuma memikirkan tentang haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang dipelihara di halaman rumah sahaja.
Namun, kisah seorang warga emas ini sememangnya berbeza.
Meskipun usia kian meningkat, beliau masih dilihat bertungkus-lumus mencari rezeki yang halal dengan menjual air tebu di tepi jalan.
Kisahnya itu dikongsikan oleh pengguna Facebook KakSah Katering Besut.

Menerusi video LIVE tersebut, warga emas itu yang dikenali sebagai ‘Ayoh’ dikatakan menjual air tebu di tepi jalan di sebelah Restoran Rumbia, Kampung Raja, Besut, Terengganu.
Air tebu yang dijual dengan harga hanya RM2.
Jika dilihat kembali, video tersebut telah dimuat naik pada November 2020 dan umurnya ketika itu adalah 78 tahun dan masih gagah menjual air tebu walaupun di usia yang sudah lanjut.
Malah, raut wajahnya masih tersenyum dan seronok apabila dikunjungi pelanggan yang ingin membeli air tebu yang dikisarnya sendiri dengan menggunakan mesin tebu.
Ayoh juga dilihat berniaga seorang diri tanpa dibantu oleh sesiapa.
Ramai warganet tersentuh
Perkara ini tidak dinafikan mampu menitiskan air mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Bayangkan, seorang ayah yang berusia 78 tahun masih berniaga untuk meneruskan kehidupan dan mencari rezeki halal.
Sedangkan di usia itu, sepatutnya berada di rumah dan berehat.
Di ruangan komen, ramai juga tidak putus-putus mendoakan kesihatan, kesejahteraan dan dikurniakan rezeki melimpah ruah buat Ayoh.



Tersentuh betul hati bila tengok orang tua yang sekuat ini.
Tonton video penuh di bawah:
Sekadar info – video asal telah dimuat naik pada 30 November 2020 ketika Ayoh berusia 78 tahun. Namun, sehingga kini pihak kami masih belum menerima sebarang info sama ada Ayoh masih berniaga di lokasi berkenaan atau tidak.
Apa pun, sama-sama kita mendoakan semoga warga emas ini sentiasa dilindungi, diberikan rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik. Amin YRA.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.