Now Reading
RM50K ‘Hangus’, Pembantu Rumah Disyaki Ceroboh Akaun Bank Majikan

RM50K ‘Hangus’, Pembantu Rumah Disyaki Ceroboh Akaun Bank Majikan

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong, kes tersebut berjaya diselesaikan siasatannya hanya dalam masa 7 hari sahaja dengan bantuan pihak polis, Kementerian Kewangan, BSN, Lazada, serta pihak telco.

scam

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak kebelakangan ini, jenayah scam dilaporkan semakin menjadi-jadi di kalangan rakyat Malaysia, tidak kiralah di mana jua pun. Kadangkala, pernah juga segelintir individu menerima panggilan daripada nombor dari luar negara tanpa mengetahui asal usulnya.

Jenayah scam yang melibatkan Shopee ataupun platform membeli-belah dalam talian lain juga pernah wujud – di mana mereka kononnya menawarkan peluang pekerjaan dengan ganjaran wang tunai ataupun cabutan bertuah.

BACA SINI: Shopee Nafi Tawar Pekerjaan Menerusi SMS, Jika Anda Terima Bererti Ianya Scam

scam

Pendek kata, modus operandi scammer akan sentiasa diperbaharui untuk menjadikannya lebih ‘top notch’ sehinggakan nama pihak ataupun golongan atasan juga turut digunapakai untuk tujuan penipuan.

Contohnya, yang paling popular adalah; Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

BACA SINI: “LHDN Call, Ada Tunggakan Cukai RM98K” – Individu Di Kelantan Ditipu Macau Scam


Akaun Bank Majikan Digodam Hingga Lesap RM50,000!

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong menerusi hantaran Facebook miliknya telah berkongsi di mana seorang scammer telah berjaya diberkas dalam masa tujuh (7) hari sahaja.

Kes berkenaan melibatkan seorang individu yang menjadi mangsa scam iaitu pesara guru berusia 85 tahun dikenali sebagai Encik Kamaruddin.

Menurutnya, Encik Kamaruddin telah kehilangan wang berjumlah RM50,000 hasil keringatnya selama ini hanya dalam sekelip mata sahaja. Malah, lebih menyedihkan mangsa juga dikatakan menangis setiap hari memikirkan nasib yang menimpa dirinya itu.

Tambahan pula, anaknya, iaitu Liz turut memaklumkan bahawa pihak berkuasa mengambil masa yang lama untuk mengambil tindakan setelah kes ini dilaporkan. Dia dalam masa yang sama berasa risau jikalau scammer tersebut tidak berjaya diberkas dan terlepas dengan jenayah yang dilakukan.


Timbalan Menteri Kewangan ‘Turun Padang’, Bantu Siasatan Kes Scam

Sumber: Facebook/Steven Sim Chee Keong

Kes ini telah mendapat perhatian Steven Sim Chee Keong selaku Timbalan Menteri Kewangan dan beliau membuat keputusan untuk membantu siasatan supaya kes ini dapat diselesaikan dalam kadar segera.

“Saya segera tinjau dan berjumpa pihak berwajib, termasuk BSN Malaysia dan Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) untuk bertindak cepat. Mujur, masih ada sinar di sebalik kesedihan.

“Kerjasama antara Kementerian Kewangan Malaysia, BSN, Lazada, pihak telco, dan pihak polis telah berjaya memberkas scammer tersebut dan berjaya menyelesaikan siasatan dalam masa 7 hari sahaja!,” jelasnya.


Scammer Adalah Pembantu Rumah Kepada Mangsa

Sumber: Facebook/Steven Sim Chee Keong

Walau bagaimanapun, ada satu perkara yang mengejutkan orang ramai iaitu scammer tersebut merupakan pembantu rumah Encik Kamaruddin sendiri.

Rupa-rupanya, scammer tu ialah pembantu rumah Encik Kamaruddin. Bayangkan, orang yang paling dia percaya pun boleh tikam belakang dia. Harapkan pagar, pagar makan padi.

Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong menerusi hantaran Facebook.

Modus operandi scammer pula mudah sahaja. Dia dikatakan memiliki akses kepada telefon Encik Kamaruddin dan menggunakan kemahiran IT sehingga berjaya menggodam/ menceroboh akaun BSN majikannya untuk membeli lambakan barang kemas dan emas di Lazada.

Tambahan pula, dia turut meleburkan RM50,000 dan kemudian bercadang untuk terbang ke Filipina.

Nasib baik Polis kita cekap dan sempat menangkap si scammer pada saat-saat akhir, sebab dia sudah pun membeli tiket kapal terbang dan bersedia untuk larikan diri!

Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong menerusi hantaran Facebook.

Mengulas lanjut, Steven menjelaskan bahawa, “Kajian menunjukkan bahawa 37% pendeposit mendedahkan password kepada orang lain. Ini antara perkara yang paling serius kita kena jaga.

Sumber: Facebook/Steven Sim Chee Keong

“Tak dinafikan, zaman sekarang ni memang mudah untuk melakukan pelbagai urusan perbankan melalui telefon. Tapi tolong, jangan sesekali dedahkan password kita kepada orang lain,” katanya.

Steven turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Inspektor Sivalingam dan ASP James Lim, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPD Brickfields yang telah bertindak pantas menyelesaikan kes ini.

“Pengalaman peribadi saya melihat kecekapan PDRM buat saya rasa amat kagum. Saya harap kes-kes lain juga akan mendapat perhatian sebegini rupa, supaya kita akan hidup lebih aman damai.”


4 Perkara Utama Yang Perlu Diteliti

Steven memaklumkan, pertemuannya bersama dengan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati ada empat (4) perkara utama yang perlu diteliti dan ditambah baik dalam kadar segera, iaitu:

  1. Keselamatan (Security) – Sistem keselamatan yang lebih utuh bagi mengelakkan scam.
  2. Tindak balas (Response & Recovery) – Tindak balas pantas dari pihak berkuasa pelbagai jabatan dalam menjejaki scam dan memulangkan semula wang kepada mangsa.
  3. Jaminan (Guarantee) – Perkongsian liabiliti antara bank dan pendeposit supaya pihak bank tidak mencuci tangan dan pendeposit terpaksa tanggung kerugian sepenuhnya.
  4. Hukuman (Penalty) – Undang-undang yang lebih tegas terhadap pesalah laku.

BACA JUGA: BNM Jamin Keselamatan Sistem Pembayaran Negara Masih Dalam Kawalan

Kita mesti kena perangi scam habis-habisan. Amat penting untuk keseluruhan rakyat dan kerajaan bersama-sama menggembleng tenaga dan lawan!

Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong menerusi hantaran Facebook.

Kongsi Kisah Atau Cadangan Untuk Perangi Jenayah Scam

Steven turut meminta orang ramai yang mempunyai pengalaman menjadi mangsa scam, untuk terus berkongsikan kisah kepadanya ataupun hantarkan cadangan-cadangan yang berkaitan untuk memerangi jenayah scam ini.

“Saya rekod pandangan yang dihantar kepada saya selama ini untuk diserah kepada pihak berwajib.

“Saya akan terus lawan bermati-matian bagi menumpaskan sindiket-sindiket scam kewangan durjana. Ini soal wang simpanan rakyat, wang pesara, wang orang susah,” tegas Steven.

BACA JUGA: Maybank Beri Amaran Aplikasi Scam Bagi Pengguna Android. Ada Mangsa Yang Dah ‘Terjerat’


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd