Now Reading
BNM Jamin Keselamatan Sistem Pembayaran Negara Masih Dalam Kawalan

BNM Jamin Keselamatan Sistem Pembayaran Negara Masih Dalam Kawalan

Terdahulu tular dakwaan bahawa iPay88 (M) Sdn Bhd terlibat dalam insiden pencerobohan data orang ramai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah dimaklumkan tentang dakwaan insiden pencerobohan data yang dilaporkan oleh iPay88 (M) Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat penyedia perkhidmatan pembayaran atas talian kepada institusi perbankan serta peniaga.

Sehingga kini, BNM menegaskan bahawa siasatan forensik masih dijalankan oleh pihak berkuasa.

Pencerobohan tersebut dikatakan hanya terbatas kepada sistem pembayaran kad iPay88 dan tidak melibatkan sistem institusi perbankan. 

Sumber: Soya Cincau

Institusi kewangan di Malaysia juga mengamalkan langkah pengesahan yang canggih termasuklah memberi notifikasi kepada pemegang kad sekiranya terdapat transaksi meragukan bagi mengurangkan risiko berlakunya penipuan.

Bagi transaksi tanpa pengesahan tersebut khususnya pembelian melibatkan peniaga di luar negara, pelanggan tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penipuan yang mungkin terjadi susulan insiden ini.

Sumber: Gadgets To Use

BNM arah pihak bank tingkatkan pengurusan risiko penipuan

Berikutan itu, BNM telah mengarahkan kesemua pihak bank untuk segera memaklumkan kepada pemegang kad yang terlibat tentang langkah-langkah perlindungan tambahan bagi menjaga pengguna daripada berdepan risiko jenayah penipuan dalam transaksi.

Bank-bank juga telah mempertingkatkan pengurusan risiko penipuan serta memantau aktiviti yang mencurigakan menggunakan kad-kad terlibat.

BNM memandang serius sebarang insiden yang boleh menjejaskan sistem pembayaran dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin.

Sumber: Malay Mail

Pengguna juga dinasihatkan untuk segera memaklumkan kepada pihak bank sekiranya mengesyaki sebarang transaksi yang meragukan melibatkan kad mereka

Untuk maklumat lanjut atau ingin membuat sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK melalui 1-300-88-5465 atau layari laman web BNM.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd