Maybank Beri Amaran Aplikasi Scam Bagi Pengguna Android. Ada Mangsa Yang Dah ‘Terjerat’
Menurut Maybank, data pengguna akan dicuri sebaik sahaja individu tersebut memuat turun aplikasi Android yang mengandungi Malware.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Jenayah scam bukanlah perkara asing di seluruh dunia kerana boleh dikatakan penjenayah ini wujud di mana-mana sahaja. Kalau tidak berwaspada dan bertindak melulu, jangan terkejut kalau semua duit dalam akaun bank anda lesap!
BACA JUGA: “LHDN Call, Ada Tunggakan Cukai RM98K” – Individu Di Kelantan Ditipu Macau Scam
Paling bahaya, scammer juga akan menggunakan ayat-ayat manis untuk ‘memancing’ mangsa terjerat! Malah, bukan scam duit sahaja yang wujud sekarang ini, ‘job scam’ pun dah ada.
Aduhai, scammers. Licik betul otak kalian.

Maybank Tampil Beri Amaran Scam Aplikasi
Pihak Maybank menerusi satu hantaran di Facebook semalam (2 Jun 2022) telah memberikan amaran buat para pelanggannya tentang scam aplikasi pihak ketiga.
Menurut Maybank, data pengguna akan dicuri sebaik sahaja individu tersebut memuat turun aplikasi Android yang mengandungi Malware.
Aplikasi ini boleh mengakses sebarang SMS yang dihantar ke telefon anda. Ia juga boleh mendapatkan nombor TAC anda untuk melakukan sebarang transaksi perbankan internet (online banking).
Selain itu, Maybank juga menggesa pengguna untuk merujuk kepada nasihat Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) tentang penipuan ini yang dikenali sebagai ‘SMSSpy’.
Teknik Memperdaya Mangsa
Menurut laporan, terdapat dua teknik yang digunakan untuk memperdaya mangsa memuat turun aplikasi merbahaya tersebut, iaitu:
- Menyamar sebagai Agensi Penguatkuasaan Undang-undang (seperti PDRM, LHDN) atau pengawal selia. Pada mulanya, mangsa sasaran akan terima panggilan telefon kononya daripada LEA. Mereka akan memaklumkan bahawa mangsa mempunyai jenayah dan perlu bekukan akaun kewangan. Kemudian, mangsa perlu membayar sejumlah wang untuk menyahbekukan akaun itu. Mereka akan diarahkan untuk memuat turun aplikasi Android berniat jahat untuk menyelesaikan proses pembayaran.
- Penjenayah akan menggunakan laman web palsu dan menyamar sebagai satu perkhidmatan yang sah. Mereka turut menggunakan iklan Facebook untuk perdaya mangsa supaya memuat turun perisian hasad Android. Antara laman web palsu yang dikesan ialah:
- Grabmaid.
- Maria’s Cleaning.
- Maid4u.
- YourMaid.
- Maideasy.
- MaidACall.
- MyMaidKL.

Mangsa Malware Scam
Seorang pengguna Facebook (Md Nor Izzudin) sebelum ini pernah berkongsi pengalamannya setelah kehilangan duit selepas membuat tempahan servis mengemas rumah menerusi aplikasi berkenaan.
Menurut individu ini, kejadian tersebut berlaku dengan pantas dan dia sendiri masih tidak menyangka duitnya sudah dicuri begitu sahaja.
Antara taktik yang digunakan adalah:
- Menggunakan iklan yang menarik perhatian orang untuk menggunakannya. Terutama servis-servis mengemas rumah.
- Semasa proses pembayaran, layar Maybank yang digunakan berlainan dari layar biasa. Layar tersebut meletakkan Username dan Password dalam paparan yang sama.
- Walaupun sudah letak username dan password yang betul, transaksi tetap gagal.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Untuk rekod, pihak Maybank juga pernah mengeluarkan video tentang Malware scam ini. Tonton video penuh di bawah:
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik terus ke https://maybank.my/MalwareAwareness. (Jangan risau, ini bukan link untuk scam korang).
BACA JUGA: Scammer ‘Upgrade’ Taktik Guna E-mel Untuk Isi e-Filing Pula. Hati-hati Semua!
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.