Now Reading
[Video] Kanak-kanak Solat Dalam Laut, Sujud Pun Masuk Kepala Dalam Air Ya!

[Video] Kanak-kanak Solat Dalam Laut, Sujud Pun Masuk Kepala Dalam Air Ya!

Kanak-kanak tersebut dilihat mengangkat kedua belah tangan seperti sedang takbiral ihram dan sanggup memasukkan kepalanya ke dalam air laut untuk bersujud.

[Video] Kanak-kanak Solat Dalam Laut, Sujud Pun Masuk Kepala Dalam Air Ya!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pantai merupakan lokasi pilihan ramai untuk beriadah dan berehat bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Ada yang suka pergi pantai untuk berkelah di hujung minggu. Sambil makan nasi lemak, boleh juga menikmati pemandangan laut yang indah. Anak-anak pun bolehlah mandi laut selepas makan.

Segelintir individu pula suka pergi pantai sebab nak tenangkan diri. Bak kata Gen Z sekarang ini, nak pergi ‘healing’.

Kanak-kanak Lelaki Tenang Solat Dalam Air Laut

Namun, lain pula cara ‘healing’ seorang kanak-kanak ketika dia dilihat berada di sebuah pantai.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@chekam26), kelihatan seorang kanak-kanak lelaki dikatakan sedang mendirikan solat di tengah lautan.

Kanak-kanak tersebut dilihat mengangkat kedua-dua belah tangan seperti sedang takbiral ihram dan sanggup memasukkan kepalanya ke dalam air laut untuk bersujud.

Pada awalnya, pemilik video itu katanya ingin merakam anaknya yang sedang bermain di tepi pantai. Tetapi tak sangka pula gelagat kanak-kanak lelaki itu sedang solat di dalam air laut juga sempat dirakam.

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 1.1 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

Ramai Terhibur Tengok Gelagat Kanak-kanak Itu Solat Dalam Air Laut

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial agak terkejut dan terhibur melihat tindakan kanak-kanak lelaki itu yang dikatakan mendirikan solat di dalam lautan bergelora.

Ada yang bependapat mungkin itu cara dirinya untuk ‘healing’. Malah, segelintir daripada mereka juga memberikan pujian kepadanya kerana memegang teguh prinsip untuk menjaga solat di mana-mana lokasi dia berada.

Orang dewasa yang belum tentu berani buat macam adik ini. Memang terbaiklah dik!


Hukum Solat Dalam Air

Mesti ramai yang tertanya-tanya, boleh ke solat dalam air sebenarnya? Jangan risau, persoalan anda ini ada jawapannya.

Berdasarkan video ceramah yang diberikan oleh pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus, beliau menjelaskan hukum melakukan solat dalam air adalah sah sekiranya tiada kawasan darat.

Hukum ini dibolehkan sekiranya anda berada dalam keadaan darurat sahaja.

Namun, hukum solat anda menjadi tidak sah sekiranya anda sengaja melakukan solat di dalam air meskipun sudah ada kawasan darat yang kering.

Ini kerana aurat seseorang akan terdedah apabila baju mereka basah dan terlihat bentuk badan ketika berada di dalam air.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd