Now Reading
Rider Foodpanda Menari Dalam Hujan Jadi Hiburan Orang Ramai

Rider Foodpanda Menari Dalam Hujan Jadi Hiburan Orang Ramai

Keadaan pada waktu itu sedang hujan dan rider Foodpanda tersebut dengan redha membiarkan dirinya terkena percikan air di jalanan oleh kenderaan yang bergerak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila kita bekerja, boleh dikatakan rutin harian kita lebih kurang sama setiap hari. Kadang-kadang bosan juga. Sekali sekali kita dapat hiburkan diri apa salahnya, betul tak?

Bagi seorang rider penghantar makanan Foodpanda ini, mungkin dengan cara menari sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau boleh menjadi satu hiburan buat dirinya ketika sedang sibuk mencari rezeki bagi menyara diri dan keluarga.

Ketika video tersebut dirakam, keadaan pada waktu itu sedang hujan dan rider Foopanda berkenaan dengan redha membiarkan dirinya terkena percikan air di jalanan oleh kenderaan yang menghala ke arahnya.

Video yang dipercayai dirakam di Tawau, Sabah itu telah dimuat naik terlebih dahulu oleh seorang pengguna TikTok (@jeffry_169) sebelum ia tular di media sosial.

“Terbaiklah rider tu. Dia memang ‘enjoy’ bekerja walaupun ada banyak cabaran yang perlu dilalui. Semoga dia sentiasa dilindungi, dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki,” komen seorang pengguna Twitter @KinuRibs.

Seorang lagi pengguna @Nuruleffa berkata bahawa dia sangat mengangumi cara rider itu menghiburkan dirinya ketika sedang bekerja, manakala @snehaszal pula memberikan pendapat bahawa situasi itu seolah-olah mencari kebahagian dalam kesakitan.

Beberapa individu dipercayai ahli keluarga kepada rider Foodpanda itu turut berterima kasih kepada pengguna media sosial yang memuat naik video berkenaan.

“Terima kasih untuk video tersebut. Terima kasih atas segala doa dan kata-kata baik kepada anak bongsu saya. Semoga anda semua juga berjaya. Salam dari Tawau,” kata pengguna @AzzyZyeEzah di ruangan komen.

Sementara itu, seorang lagi pengguna @mhdshrfdn juga mengucapkan terima kasih kerana berkongsi video adik lelakinya itu.

BACA JUGA: [Video] Rider Foodpanda Ini Tawar ‘Servis’ Hantar Makanan & Kejut Pelanggan Terus Dalam Bilik


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd