Now Reading
Suami Isteri Warna Air Terjun Jadi Biru Ketika Majlis ‘Gender Reveal’ Bakal Disiasat

Suami Isteri Warna Air Terjun Jadi Biru Ketika Majlis ‘Gender Reveal’ Bakal Disiasat

Pasangan suami isteri di Mato Grosso, Brazil itu sanggup mewarnakan air terjun dengan warna biru sebagai simbol akan mendapat bayi lelaki.

Pasangan Warnakan Air Terjun Untuk Dedah Jantina Anak Akan Disiasat Polis

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak akhir-akhir ini, sesetengah pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata memilih untuk mengadakan acara majlis bertujuan untuk mendedahkan jantina bayi mereka.

Pelbagai cara yang dilakukan untuk menjadi kejutan tentang jantina anak mereka itu menjadi sesuatu yang diingati.

Terdahulu, pasangan suami isteri di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sanggup berbelanja sebanyak RM394,772 (AS$95,000) semata-mata untuk berkongsi jantina zuriat mereka yang dipaparkan di bangunan pencakar langit Burj Khalifa.

Perkara itu turut dikongsikan di laman Instagram mereka (@anas).

Warnakan air terjun di Brazil untuk dedah jantina anak

Baru-baru ini, satu majlis yang sama iaitu bertujuan untuk mendedahkan jantina bakal cahaya mata mereka diadakan oleh pasangan suami isteri berhampiran sebuah sungai di Mato Grosso, Brazil.

Namun rakaman video majlis tersebut yang dimuat naik di laman Instagram mereka telah tular dan mendapat kecaman ramai selepas pasangan tersebut didakwa mewarnakan air terjun menjadi biru sebagai simbol akan mendapat bayi lelaki.

Video asal walau bagaimanapun telah dipadam tetapi ianya telah dimuat naik di laman Twitter oleh pelbagai akaun antaranya Cool Girl.

Pasangan suami isteri akan disiasat kerana mencemarkan sungai

Tindakan tidak bertanggungjawab oleh pasangan tersebut dikhuatiti akan mencemarkan bekalan air di bandar berdekatan.

Malah, sungai berkenaan juga adalah sumber air utama kepada penduduk di bandar Tangará da Serra.

Sumber: Astro Awani

Laporan Astro Awani memaklumkan pasangan suami isteri yang terlibat dalam kejadian itu bakal didakwa kerana telah mencemarkan sungai Queima Pé yang merupakan destinasi pelancongan popular di Mato Grasso.

Dalam pada masa sama, Jabatan Alam Sekitar Mato Grasso (SEMA) juga akan menyiasat dan mengkaji semula bahan yang digunakan bagi tujuan mewarnakan air terjun tersebut.

BACA JUGA: Pemandu Lori Tular Buang Sampah Ke Dalam Sungai Di Johor Sudah Ditahan Polis [Video]


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd