Now Reading
[Video] Pendaki Kutip 10KG Sampah Dari Air Terjun Janda Mandi Di Terengganu

[Video] Pendaki Kutip 10KG Sampah Dari Air Terjun Janda Mandi Di Terengganu

Pok Jie dan rakan lain terpaksa berjalan satu kilometer sambil bawa 10KG sampah sebelum tiba di pintu utama kawasan rekreasi itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Muhamad Hafizi Tajudin yang berusia 27 tahun bersama rakan-rakannya terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk membuat aktiviti mendaki serta berkelah pada hujung minggu di Air Terjun Janda Mandi, Kemaman, Terengganu.

Ini kerana mereka ingin membersihkan kawasan yang dipenuhi dengan sampah-sarap selepas ditinggalkan oleh pengunjung tidak bertanggungjawab.

Macam mana orang boleh menikmati keindahan alam semula jadi seperti ini?

Muhamad Hafizi Tajudin.

Muhamad Hafizi atau juga dikenali sebagai ‘Pok Jie’ telah viral selepas perbualan mengenai kerjasama masyarakat dalam menjaga alam semula jadi agar sentiasa bersih dan tidak tercemar disiarkan melalui video di mana dia dan rakan-rakan dilihat membersihkan kawasan rekreasi popular itu.

Klip video itu menunjukkan Pok Jie sedang mencari botol plastik, pelitup muka, sisa makanan dan sampah lain ditinggalkan oleh pengunjung sebelum ini.

Dia juga dilihat membawa satu beg plastik gergasi penuh dengan sampah yang dikutip di kawasan berkenaan.

Bila kita pergi mendaki atau buat apa-apa aktiviti, kita mestilah menjaga keindahan alam semula jadi.

Muhamad Hafizi Tajudin.

Pok Jie juga memberitahu dia dan rakan-rakan berjaya mengumpul sampah seberat 10KG yang telah ditinggalkan.

Mereka mengambil masa sekitar 40 minit dan terpaksa melalui perjalanan sejauh satu kilometer di kawasan hutan pergunungan untuk membuang longgokan sampah itu di pintu utama kawasan rekreasi.

Pok Jie memaklumkan kepada Sinar Harian bahawa dia sangat berpuas hati selepas dapat membersihkan kawasan berkenaan.

@hafizitajudin

Alam yang Allah dah cipta tu memang indah. Tapi boleh jadi rosak akibat tangan manusia sendiri. Jadi manusia yang bertanggungjawab! #PokJie #hiking

♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano – ISAo

Air Terjun Janda Mandi

Kredit: Kosmo

Air Terjun Janda Mandi boleh dianggap sebagai satu keajaiban semula jadi di Malaysia kerana menjadi salah satu air terjun di negara ini yang mengalir terus ke lautan.

Berketinggian 80 hingga 90 meter, air terjun ini terletak di pinggir pantai Teluk Kalong. Ketika air surut, pengunjung boleh berdiri di bawah air terjun.

Kredit: melongray/ Instagram dahcuti

Menurut penduduk tempatan di sana, Air Terjun Janda Mandi ini mendapat nama daripada isteri seorang pelayar yang telah hilang ketika mandi di air terjun berkenaan selepas kejadian dia membunuh suaminya.

Suami isteri itu berada di dalam kapal ketika wanita itu dikatakan tidak sengaja mencucuk dan membunuh suaminya dengan jarum ketika sedang menjahit.

Ketika sedang bersedih, janda itu meminta kru kapal untuk memberhentikan dia di air terjun tersebut untuk membolehkan dia menghilangkan kesedihannya. Selepas itu, dia terus hilang dan tidak ditemui sehingga kini.

Namun, ada sesetengah orang awam mengatakan kadang-kadang mereka dapat melihat dalam sekilas pandang janda itu sedang bermandi di air terjun tersebut.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd