Hutan Simpan Kekal Di Selangor Dibuka Semula Mulai 1 Februari Ini
Selepas tiga bulan ditutup sejak November lalu, kini laluan pendakian dan aktiviti rekreasi di dalam Hutan Simpanan Kekal Negeri Selangor akan dibuka semula kepada orang ramai.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Pada November 2022 yang lalu, pihak Jabatan Perhutanan Selangor telah menutup kesemua Hutan Simpanan Kekal Selangor selama tiga bulan bermula 1 November 2022 sehingga 31 Januari 2023 ekoran musim tengkujuh yang dijangka melanda Malaysia.
Penutupan ini dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian atau kemalangan tidak dingini yang berlaku kepada orang ramai.
Prosedur berkenaan merupakan rutin yang dilakukan setiap tahun semasa musim tengkujuh apabila hujan lebat dijangka turun dengan lebih kerap.
BACA JUGA: Hutan Simpan Kekal Di Selangor Ditutup 3 Bulan Untuk Pendaki Mulai November
Hutan Simpan Kekal Di Selangor Akan Dibuka Semula Untuk Orang Ramai
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Laman Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, jabatan tersebut telah mengeluarkan notis pembukaan semula laluan pendakian dan aktiviti rekreasi di dalam Hutan Simpanan Kekal Negeri Selangor bermula 1 Februari 2023 (Rabu).
Antara senarai Taman Eko Rimba yang akan dibuka semula adalah:
- Taman Eko Rimba Sungai Tua
- Taman Eko Rimba Sungai Sendat
- Taman Eko Rimba Sungai Tekala
- Taman Eko Rimba Komanwel
- Taman Eko Rimba Kota Damansara
- Taman Eko Rimba Gunung Nuang
Manakala senarai laluan pendakian pula adalah seperti berikut:
Daerah Hutan Hulu Selangor
- Air Terjun Lata Medang
- Air Terjun Lata Macau
- Air Terjun Setinggi
- Air Terjun Lubuh Kawah
- Gunung Semangkok
- Gunung Hulu Kali
- Bukit Genting Cin Cin
- Gunung Rajah
- Bukit Pokok Pine
- Gunung Hulu Semangkok
- Bukit Hulu Telang
- Bukit Hulu Bakau
- Gunung Semangnkuk Gap
- Bukit Boyan
- Gunung Ulu Lenik
- Bukit Choroco
- Bukit Kutu
- Bukit Kunong
- Bukit Unyang
Daerah Hutan Selangor Tengah
- Air Terjun Sungai Lepoh
- Air Terjun Ulu Perdik
- Air Terjun Sungai Pisang
- Air Terjun Sofea Jane
- Air Terjun Lubuk Tedung
- Bukit Broga
- Bukit Kembara
- Bukit Cenuang
- Gunung Nuang
- Gunung Hitam
Daerah Hutan Pantai Klang
- Bukit Jugra
Cara Mohon Permit Untuk Aktivti Pendakian Di Selangor
Memasuki hutan simpan kekal di Selangor tanpa permit adalah satu kesalahan.
Individu yang didapati melakukan kesalahan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 47(4) Enakmen (Pemakaian ) Akta Perhutanan Negara (APN) 1985.
Bagi mengelakkan diri anda didenda, sebaiknya anda membuat permohonan permit terlebih dahulu di Pejabat Hutan Daerah yang berdekatan.
Cara-cara permohonan adalah seperti berikut:
- Layari laman web Jabatan Perhutanan Selangor.
- Klik ‘Info Awam.’
- Pilih ‘Gerbang Perkhidmatan Awam.’
- Klik ‘Muat turun.’
- Muat turun borang yang dilabelkan di bawah ‘Permit.’
- Isi borang.
Setelah anda mengisi borang, jangan lupa untuk membuat tiga salinan borang tersebut dan melakukan pembayaran RM5 untuk seorang melalui pos atau draf bank di bawah nama ‘Bendahari Negeri Selangor.’
Anda juga dinasihatkan untuk memohon permit sekurang-kurangnya satu minggu sebelum tarikh mendaki.
BACA JUGA: Ini Cara Memohon Permit Sebelum Lakukan Aktiviti ‘Hiking’
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan ke Jabatan Perhutanan Negeri Selangor di talian 03-5544 7000/7507.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.