Now Reading
Hutan Simpan & Air Terjun Dibuka Semula Untuk Rakyat Selangor. Jom!

Hutan Simpan & Air Terjun Dibuka Semula Untuk Rakyat Selangor. Jom!

Semua laluan alam semula jadi dan air terjun di Selangor akan dibuka untuk kepada orang awam. Pilihlah nak pergi yang mana satu.

Avatar

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Selepas terkurung di dalam rumah untuk sekian lama, akhirnya dapat juga meregangkan kaki apabila semua laluan alam semula jadi dan air terjun di Selangor dibuka semula untuk orang ramai.

Memandangkan negeri ini telah beralih ke Fasa 3 dengan SOP yang lebih longgar, Jabatan Perhutanan Selangor mengumumkan bahawa kawasan ini dibuka untuk orang awam dengan had tidak melebihi 7 orang dalam satu kumpulan.

Di bawah daerah Selangor Tengah, ini adalah senarai laluan hutan simpan dan tarikan yang akan dibuka:

  • Gunung Nuang
  • Gunung Hitam
  • Bukit Cenuang
  • Air Terjun Sungai Lepoh
  • Bukit Saga
  • Bukit Apek
  • Bukit Broga
  • Bukit Kembara
  • Air Terjun Perdik
  • Air Terjun Sg Pisang
  • Air Terjun Sofea Jane
  • Air Terjun Lubuk Tedang
  • Bukit Repin

Begitu juga di daerah Hulu Selangor, ini adalah senarai kawasan-kawasan yang dibuka:

  • Bukit Ulu Semangko
  • Bukit Choroko
  • Bukit Kutu
  • Air Terjun Lata Medang
  • Air Terjun Lata Macau
  • Air Terjun Setinggi
  • Air Terjun Lubuk Kawah

Ketika anda sedang menikmati alam semula jadi, jangan lupa untuk mengikuti SOP dan elakkan kawasan sesak. Ikuti pautan di bawah untuk garis panduan SOP penuh bagi Fasa 3.

BACA JUGA: Official MKN SOP For Klang Valley PPN Phase 3 As Of 4 October (In English)


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4 × three =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd