Now Reading
[Video] Ular Sawa Muncul Atas Highway DUKE Buat Pengguna Jalan Raya Terkejut!

[Video] Ular Sawa Muncul Atas Highway DUKE Buat Pengguna Jalan Raya Terkejut!

Ular sawa berkenaan dilihat berada di tengah-tengah lebuhraya DUKE sehingga mengejutkan pengguna jalanraya yang lalu-lalang ketika itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kebiasaannya, jika anda membawa kereta di kawasan seperti pendalaman, hutan, dan kawasan kampung, di tengah-tengah jalan pasti akan ‘terserempak’ dengan haiwan seperti biawak, tenggiling, dan sebagainya.

Seram juga kadang-kadang tu. Mana tidaknya, tengah sedap bawa kereta tiba-tiba muncul haiwan pelik di depan mata. Nak mengelak pun kena tengok juga kenderaan lain di belakang.

Jangan main berhenti atau pusing sahaja stereng itu. Bahaya!

Ular Sawa Muncul Di Atas Highway DUKE

Seperti kejadian yang dimuat naik di TikTok @abang_melaka baru-baru ini menunjukkan rakaman dashcam sebuah kereta yang jelas memperlihatkan seekor ular sawa berada di tengah-tengah jalan raya di lebuh raya DUKE.

Sudahlah berada di lane tengah!

Kereta tersebut juga dilihat cuba untuk mengelak dengan mengetepikan stereng kereta tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain. Sudah terkejut sangat agaknya. Mujur sahaja abang motor di sebelah kiri tidak terkesan dengan insiden berkenaan.

@abang_melaka Tiba2 ada sekor ular tedung depan ko berdiri atas highway Duke, terkejut + seram sejuk semua ada sampai pusing stereng kereta tanpa otak semalam sebab nak elak dia. Nasib xde kereta/moto sbelah kiri aku. #cobra #ulartedung #DUKE #fyp #masukberandafyp ♬ original sound – Abang_Melaka

Ular sekecil alam pun kalau terjumpa, memang akan menggelupur. Inikan pula ular sebesar ini, boleh pula ‘steady’ tegak macam itu.

Sah Ular Sawa, Dah Kena Gilis

Membalas menerusi video berkenaan, pengguna Zambri Yusoff dikatakan telah menemui bangkai ular sawa berkenaan. Nampaknya sudah digilis oleh kenderaan yang lalu lalang. Mungkin ada yang tak sempat mengelak oleh kerana akan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Ya, ular sawa, bukan ular tedung rupanya.

Apa pun, syukur! Kalau tak, kasihan penunggang motosikal.

@abang_melaka Replying to @abang_melaka Brader @Zambri Yusoff dah jumpa bangkai ular ni. ular kecik ke ular besar ke, sape tak menggelupur je gais. 🤣🤣 Nasib tak dibelitnya brader moto sbelah kiri tu. #fyp #ularsawa #masukberandafyp ♬ original sound – Abang_Melaka

Menerusi perkongsian video berkenaan, ramai juga yang menceritakan pengalaman pernah berdepan dengan situasi seperti ini. Ada yang mengatakan elok dilanggar sahaja daripada mengelak untuk tidak membahayakan orang lain.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd