Now Reading
[Video] Penyampai Berita Tersasul Panggil Isteri ‘Sayang’ Ketika Dapat Bertugas Sama Secara Live

[Video] Penyampai Berita Tersasul Panggil Isteri ‘Sayang’ Ketika Dapat Bertugas Sama Secara Live

Nazri Fahmie yang merupakan penyampai berita utama dikatakan tersasul memanggil ‘sayang’ ketika sama-sama bertugas dengan isterinya, Samsia Samsi secara langsung.

[Video] "Silakan Sayang" -Pembaca Berita Katanya Tersasul Panggil Isteri 'Sayang' Ketika Sedang Live

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Apabila sudah bergelar suami isteri, mesti masing-masing akan ada panggilan manja tersendiri kan? Boleh kata itu adalah satu lumrah bila sudah berumahtangga bagi mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Dapat pula suami isteri bekerja di satu tempat yang sama pula, makin eratlah hubungan mereka. Boleh pergi balik dan makan tengah hari sama-sama.

Penyampai berita dikatakan tersasul panggil ‘sayang’ ketika bertugas dengan isteri secara live

Baru-baru ini, pasangan suami isteri bekerja sebagai penyampai berita di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Nazri Fahmie dan Samsia Samsi tular di media sosial selepas mereka berpeluang untuk bertugas bersama ketika siaran langsung.

Sumber: TikTok/samsiasamsi

Menerusi perkongsian video dimuat naik di laman TikTok (samsiasamsi), Nazri yang pada ketika itu merupakan penyampai berita utama perlu menyerahkan tugas kepada isterinya, Samsia untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang laporan kejadian.

Apa yang mencuit hati orang ramai adalah apabila Nazri dikatakan tersasul menyebut ‘silakan sayang’ ketika ingin menyerahkan tugas kepada Samsia.

Video yang dimuat naik semalam (24 Ogos) telah mendapat 1.9 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@samsiasamsi/video/7135357138683137307?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Ramai terhibur tengok gelagat suami isteri bertugas sama-sama

Di ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan telatah Nazri yang dikatakan gementar ketika diusik oleh rakan sekerja ketika sedang bertugas bersama-sama dengan isteri secara langsung.

Ramai yang mendakwa mereka terdengar panggilan ‘sayang’ ketika siaran langsung itu.

Tetapi Samsia menjelaskan bahawa suaminya hanya tersalah sebut namanya dan tidak menyebut perkataan ‘sayang’ seperti yang dikatakan oleh orang ramai.

Alahai, comel je!

Walaupun mereka bekerja di lokasi yang sama, tetapi bukan selalu dapat jadual bertugas yang sama.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd