Nak Pasang Bendera Jalur Gemilang? Ini Langkah Yang Sebetulnya
Jalur Gemilang hendaklah dipasang secara melintang sahaja termasuklah jika disambung dalam kuantiti yang banyak secara flagline.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Tidak lama lagi, kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan sudah pastinya akan ada acara tahunan bagi memperingati tarikh bersejarah ini.
Pada bulan Ogos yang merupakan bulan kemerdekaan, masyarakat digalakkan untuk memupuk semangat patriotik dengan menggantung Jalur Gemilang di persekitaran premis mereka.
Malah ada beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turut mengenakan denda kepada premis perniagaan sekiranya tidak menggantung bendera Malaysia ketika sambutan Hari Kebangsaan.

Panduan untuk memasang bendera Jalur Gemilang
Apabila melibatkan bendera negara, ianya tidak boleh dilakukan sesuka hati.
Menerusi perkongsian dimuat naik di laman Twitter (Jabatan Penerangan WPKL), sebenarnya terdapat beberapa cara dan panduan untuk memasang bendera Jalur Gemilang dengan betul.
Cara yang DIBENARKAN:
- Jalur Gemilang hendaklah dipasang secara melintang sahaja termasuklah jika disambung dalam kuantiti yang banyak secara flagline.
- Dari sudut hadapan, kiri Banner Malaysia bermula dengan jalur berwarna merah dan diakhiri jalur berwarna putih.
- Banner Malaysia perlu mempunyai bentuk ekor di bawah berukuran 1/8 daripada panjangnya.
- Penggunaan warna asas dan motif bendera sahaja dibenarkan seperti merah, putih, biru dan kuning.

Cara yang TIDAK DIBENARKAN:
- Menyambung bendera dalam keadaan menegak dengan kuantiti yang banyak.
- Menyusun bendera berbentuk segi tiga dalam kuantiti banyak secara flagline.
- Banner Malaysia dikibarkan secara melintang.
- Penggunaan bendera dalam pelbagai gaya seperti alas meja, langsir, payung, pelitup muka, kain tudung, songkok, tanjak, sampin, pakaian dan sebagainya.
- Balut bendera pada beberapa objek seperti botol, pasu, tiang, tin dan sebagainya.
- Penggunaan bendera pelbagai gaya, gambar serta bentuk yang diubah fizikal bendera itu untuk dijadikan iklan bagi tujuan mempromosikan Sambutan Bulan Kebangsaan.
- Penggunaan bendera dalam penghasilan logo.
- Penggunaan bendera dalam infografik tidak boleh bertindih di antara teks dan bendera.

Kalau anda nak baca perkongsian sepenuhnya, boleh klik di bawah:
Nak guna Jalur Gemilang pun ada caranya ke? Eh mestilah!
— Jabatan Penerangan WPKL🇲🇾 (@JaPenWPKL) August 14, 2022
Min kongsikan cara-cara yang BETUL untuk pengetahuan korang semua 🇲🇾🤓
✅ Jalur Gemilang hendaklah dipasang secara melintang sahaja. pic.twitter.com/ekgAJ1OddB
Apa tunggu lagi? Jom pasang benderaj Jalur Gemilang depan rumah!
BACA JUGA: You Can Technically Go To Jail For Breaking These ‘Jalur Gemilang’ Rules
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.