Bilik Sauna Di Babel Gym, Menara 3 Suria KLCC Terbakar, 80% Kemusnahan Dilaporkan
Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kebakaran.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Semalam (9 Ogos), satu kebakaran kecil telah berlaku di sebuah bilik sauna di Menara 3, Suria KLCC. Kejadian dilaporkan terjadi di Babel Gym kira-kira jam 5 petang.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Rozihafizam Othman, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menjelaskan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.21 petang berhubung kejadian.
Menurut laporan, pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dan jentera bantuan dari BBP Titiwangsa dengan kekuatan seramai 13 anggota bersama dua buah jentera FRT diarah ke lokasi kejadian.
Setibanya pasukan bomba sampai di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran di dalam sebuah bilik sauna berukuran 7 x 12 kaki persegi yang berada di tingkat G Menara 3 Suria KLCC. Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya sembilan minit kemudian. Kemusnahan kebakaran dianggarkan 80%.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Rozihafizam Othman, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur.
Walau bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden kebakaran ini. Tular di media sosial memperlihatkan pekerja di Menara Petronas 3 KLCC telah diarah keluar untuk mengosongkan bangunan berkenaan.
Suria KLCC and Petronas Tower 3 being evacuated due to fire emergency in one of the outlets. Sigh.
— House of Murraly (@anahomylarrum) August 9, 2022
KLCC Tower 3 right now https://t.co/M39dgf2HgO pic.twitter.com/Oa9CRbwuXN
— shaz (@ShazrielYusoff) August 9, 2022
Kenyataan Media Oleh Suria KLCC.
Pihak TRP telah menghubungi Suria KLCC berhubung kejadian tersebut dan pihak mereka menerusi satu kenyataan menjelaskan bahawa, “Kebakaran kecil telahpun berlaku di Babel Gym kira-kira jam 5:00 petang semalam (9 Ogos). Kebakaran tersebut dipadamkan oleh sistem bomba automatik dan pasukan respons dalaman sekitar 10 minit.
“Sebagai langkah berjaga-jaga kesemua pelanggan yang berada di lokasi kejadian telah dipindahkan sebelum pihak Bomba tiba.
“Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kebakaran dan pihak kami akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa.”

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.