Now Reading
Jenazah Individu Hina Islam Haram Disolatkan – Ustaz Azhar Idrus

Jenazah Individu Hina Islam Haram Disolatkan – Ustaz Azhar Idrus

Jenazah individu yang menghina Islam HARAM disolatkan kerana mereka telah dikategorikan sebagai kafir murtad.

Jenazah Individu Hina Islam Haram Disembahyangkan - Ustaz Azhar Idrus

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak belakangan ini, makin banyak pula berlaku kes menghina agama Islam di Malaysia. Lebih mengejutkan adalah apabila mengetahui rata-ratanya daripada mereka adalah penganut agama Islam sendiri.

Antara kes yang tular sebelum ini melibatkan seorang wanita membuka pakaian di khalayak ramai selepas mengaku dirinya menghafal 15 juzuk al-Quran ketika membuat persembahan komedi di Crackhouse Comedy Club.

BACA JUGA: Video Hina Agama Islam: Merdekarya Bongkar Kisah ‘Pahit’ Dengan Pasangan Alex & Amy

Selepas itu, berlaku satu lagi kejadian apabila seorang lelaki disyaki positif dadah di Machang, Kelantan menghina agama Islam serta Nabi Muhammad SAW menerusi satu rakaman video yang tular di media sosial.

BACA JUGA: Lagi Kes Hina Agama Islam Dan Nabi Muhammad SAW, Polis Tahan Lelaki Di Machang [Video]

Ustaz Azhar Idrus beri penjelasan hukum solat jenazah untuk golongan hina agama Islam

Selepas berlaku beberapa kejadian menghina agama Islam, seorang pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI tampil memberi penjelasan tentang hukum mengendalikan jenazah sekiranya mereka meninggal dunia.

Menerusi perkongsian video ceramah UAI dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (encik_jamboo), pendakwah ini menjelaskan bahawa jenazah individu yang menghina Islam adalah HARAM DISOLATKAN kerana mereka diisytiharkan sebagai kafir murtad walaupun mengaku sebagai umat Islam.

Mereka yang menyolatkan jenazah mereka juga dikira sebagai BERDOSA.

Orang Islam yang hina nabi, hina agama, hina hukum Islam, hina Quran, hina hadis, itu sudah jatuh hukum murtad. Kena cam nama mereka dan tanda. Kerana apa? Kerana bila dia mati, haram kita sembahyangkan jenazah mereka. Itu fatwa ulama Ahli Sunnah Wal Jamaaah. Barang siapa maki kepada agama dan nabi, maka telah menjadi kafir.

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus.
Sumber: Astro Awani

UAI juga memberitahu nama dan muka mereka yang menghina Islam perlu ditampal di papan tanda masjid untuk memberi makluman kepada orang ramai bahawa golongan tersebut haram disolatkan.

Malah, mereka yang menentang dan menyebelahi orang bukan Islam juga dikira sebagai munafik dan akan ditempatkan di neraka paling bawah di akhirat kelak.

Kita tanda nama dan bookmark letak muka dia di papan kenyataan masjid. Apa tujuan? Sebab bila dia mati, kita tak payah sembahyangkan. Bila sembahyangkan, berdosa kita kerana di kafir murtad walaupun dia mengaku orang Islam.

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Sebagai umat Islam, kita kena jaga tingkah laku dan percakapan supaya tidak melanggar hukum seperti ditetapkan dalam al-Quran dan hadis. Semoga kita semua dapat ambil pengajaran daripada apa yang berlaku.

BACA JUGA: JAWI Bebaskan Siti Nuramira, Tiada Dakwaan di Mahkamah Syariah


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd