Video Hina Agama Islam: Merdekarya Bongkar Kisah ‘Pahit’ Dengan Pasangan Alex & Amy
Pasangan Amy dan Alex ini pernah memberi ugutan bunuh dan ingin membakar bar milik Merdekarya sekitar tahun 2015.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Pada Sabtu (9 Julai) lalu, satu video tular di media sosial apabila seorang wanita didakwa menghina agama Islam di sebuah kelab terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.
Video berdurasi 54 saat itu menunjukkan wanita berkenaan lengkap memakai baju kurung beserta tudung ketika memperkenalkan dirinya di atas pentas dan mendakwa dirinya telah menghafal 15 juzuk al-Quran.
Namun tidak lama selepas itu, wanita yang dikenali sebagai Amy atau nama sebenar Siti Amira Natasya tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudung yang dipakai dan hanya meninggalkan pakaian agak seksi pada badannya.
Tindakan yang dilakukan oleh Amy mendapat sambutan oleh para penonton di lokasi tersebut apabila mereka memberikan tepukan dan sorakan.
Video asal yang dimuat naik di TikTok (@mie_8099) telah dipadam namun dikongsikan semula oleh pengguna Twitter (MYNEWSHUB) sehingga mendapat 2.3 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
Nama saya Siti Amira Natasya binti Abdullah. Saya berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Saya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Saya telah menghafal 15 juzuk al-Quran. Tetapi…
Siti Amira Natasya binti Abdullah.
Provokasi melampau… pic.twitter.com/p6p6i0UyvB
— MYNEWSHUB (@mynewshub) July 9, 2022
Wanita didakwa hina Islam ditahan oleh pihak polis
Menurut laporan Berita Harian, suspek yang disyaki berusia 26 tahun itu ditahan oleh pasukan pegawai dan anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di Jalan Gasing, Petaling Jaya pada malam Sabtu (9 Julai).
Wanita tersebut ditahan reman selama tiga hari bermula Ahad (10 Julai) sehingga Selasa (12 Julai) dan ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk siasatan lanjut.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, benci-membenci atau berniat jahat.
Kes ini juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Harian Metro turut melaporkan bahawa teman lelaki kepada wanita ini yang dikenali sebagai Alex telah direman oleh pihak polis sejak Ahad (10 Julai) sehingga Rabu (13 Julai).
VIDEO TULAR: KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA POLIS MALAYSIA
— Polis Diraja M’sia (@PDRMsia) July 9, 2022
Siasatan Melibatkan Seorang Wanita Menghina Agama Islam. pic.twitter.com/0922rsZ9kb
Menerusi laporan Astro Awani, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan pihak mereka turut mengendalikan siasatan di bawah Bahagian Penguatkuasaan JAWI berhubung video tular tersebut.
Di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559), individu yang menghina agama Islam dengan pelbagai cara boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya jika disabitkan bersalah.
Merdekarya dedah kisah pernah disabotaj oleh Amy dan Alex
Baru-baru ini, satu akaun Twitter milik Merdekarya (@Merdekarya) mendakwa wanita tesebut bersama teman lelakinya pernah cuba untuk mencemarkan nama baik Merdekarya.

Kisahnya bermula apabila Alex kerap lepak di Merdekarya pada sekitar tahun 2015 dan didakwa selalu mengganggu pelanggan wanita sehingga menyebabkan pergaduhan.
Masa tu lagi perangai dah macam sial; kami sering menerima aduan daripada pelanggan perempuan mengenai kelakuan dia, sampai satu hari berlaku kes gaduh di mana abang salah seorang mangsanya nak terajang si Alex ni.
— Merdekarya (@merdekarya) July 10, 2022
Selepas menerima banyak aduan daripada pengunjung tentang kelakuan tidak bermoral Alex, Merdekarya memberi pilihan kepada lelaki berkenaan untuk tidak menjejakkan kaki ke tempat berkenaan atau menghentikan perbuatannya.
Pada awalnya, keadaan menjadi terkawal apabila Alex memilih untuk tidak kembali ke bar itu.
So kitorang bagi dia pilihan: samada dia hentikan perangai taik dia, ataupun dia boleh belah cari port lepak lain nak buat hal. Dia pilih untuk cari port lain. Ok ah. Kitorang pun teruskan kehidupan dan lupa akan wujudnya makhluk perosak ini. pic.twitter.com/LVlZzsBXNL
— Merdekarya (@merdekarya) July 10, 2022
Namun, Alex didakwa telah membawa ‘isterinya’ iaitu Amy dan datang semula ke Merdekarya sebulan lalu dengan membawa satu cadangan untuk menganjurkan acara komedi berbentuk bengkel seksual berserta persembahan daripada kumpulan Alleycats.
Walau bagaimanapun, permintaan Alex dan Amy telah ditolak oleh pihak Merdekarya.
Tetiba, lebih kurang sebulan lepas, dia muncul kembali bersama “isterinya” Amy, katanya nak buat acara worksyop seks entah-apa kat Merdekarya. Katanya acara tersebut juga melibatkan stand-up comedy dan kononnya persembahan Alleycats. pic.twitter.com/zaSER7MrLT
— Merdekarya (@merdekarya) July 10, 2022
Kami menolak permintaannya sebab, yelah, kitorang masih berpemikiran waras, dan lagipun Merdekarya ni tempat liveband akar umbi, bukannya tempat pesta seks berkumpulan sambil diiringi persembahan kugiran Alleycats. pic.twitter.com/lyDYdhU8re
— Merdekarya (@merdekarya) July 10, 2022
Enggan bayar bil dan ugut untuk membunuh serta membakar kedai
Pada hari mereka berdua datang ke Merdekarya, Alex dan Amy dipercayai meninggalkan bar tersebut tanpa membayar sebarang bil dan membuat dakwaan tidak berasas menerusi media sosial.
Yang si Amy pulak lain ceritanya: katanya diorang tak bayar bil sebab bartender kitorang mabuk dan bagi diorang makan free. Entahlah. Mungkin komunikasi antara pasangan tak begitu mantap bila pasangan tu saling tukar-menukar dengan pasangan lain. pic.twitter.com/pNzkjL7kCU
— Merdekarya (@merdekarya) July 10, 2022
Bukan itu sahaja, Alex juga mengugut untuk membunuh mereka yang datang ke Merdekarya dan ingin membakar bar tersebut.
Ramai pelanggan Merdekarya juga mendapat mesej ugutan bunuh dan amaran agar jangan mengunjungi Merdekarya kalau tak nak turut terbakar bersama kami. pic.twitter.com/pYyZq7u67O
— Merdekarya (@merdekarya) July 10, 2022
Amy turut mendakwa telah termakan daging babi dalam hidangannya di bar Merdekarya dan ingin membuat laporan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Amy pula muatnaik komen kononnya dia “termakan” babi dan tag DBKL dan Jabatan Kesihatan Johor agar menyiasat kami. Kami tanak spekulasi kenapa dia tag Jabatan Kesihatan Johor, tapi ingin kami nasihat di sini – bak kata poster tahun 80-an – Jauhilah Diri Dari Najis Dadah! pic.twitter.com/TH9b24GcZf
— Merdekarya (@merdekarya) July 10, 2022
Merdekarya telah membuat laporan polis berhubung kejadian dan Alex ditahan oleh pihak berkuasa polis serta didakwa di mahkamah. Alex dilaporkan mengaku bersalah dan dibebaskan dengan kompaun RM100.
Crackhouse Comedy Club diarah untuk tutup oleh pihak DBKL
Merdekarya menambah bahawa Alex dan Amy merancang untuk menggunakan pentas seni tempatan bagi mempromosikan pemujaan seks mereka. Jika lokasi itu tidak memberi kebenaran, mereka merancang untuk menggunakan pihak berkuasa bagi menutup tempat berkenaan.
Inilah yang berlaku kepada Crackhouse Comedy Club. Oleh disebabkan itu, Merdekarya berharap DBKL dapat menarik balik penggantungan lesen Crackhouse Comedy Club.
Kedua-dua Merdekarya dan Crackhouse KL sering menganjurkan acara ‘open-mic‘ sebagai langkah untuk mencungkil bakat seni baharu.
Ramai yang mempertahankan Crackhouse termasuk pelawak popular iaitu Harith Iskander yang berpendapat bahawa Crackhouse KL tidak bersalah.
Ini penjelasan lengkap dr #HarithIskander soal cewek kemarin. Pemaparannya sangat mendidik dr aktor dan komedian #Malaysia. pic.twitter.com/JUobpGTnT3
— Makie Yung (@MakieYung) July 12, 2022
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.