Now Reading
Ini 7 Pengajaran Yang Anda Boleh Belajar Daripada Kes Saman Fitnah Johnny Depp & Amber Heard

Ini 7 Pengajaran Yang Anda Boleh Belajar Daripada Kes Saman Fitnah Johnny Depp & Amber Heard

Johnny Deep dan Amber Heard kedua-dua mereka mempunyai latar belakang keluarga yang agak toksik.

Johnny Deep dan Amber Heard

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selepas tempoh enam minggu bermula 11 April lalu, akhirnya kes saman fitnah melibatkan Johnny Depp dan Amber Heard selesai pada hari ini (2 Jun).

Pelakon filem ‘Pirates of the Caribbean’ itu telah memenangi AS$15 juta (RM66 juta) dalam kes saman fitnah terhadap bekas isterinya selepas mereka masing-masing saling mengeluarkan kenyataan tidak benar kepada satu sama lain.

Heard yang juga merupakan pelakon filem Aquaman memfailkan saman sebanyak AS$100 juta (RM437.8 juta) serta mendakwa dirinya telah didera secara fizikal daripada bekas suaminya. Tetapi Johnny Depp pula menafikan perkara tersebut.

BACA JUGA: Johnny Depp Menang AS$15 Juta Kes Saman Fitnah Terhadap Bekas Isteri Amber Heard

Sumber: CNN

Pengajaran daripada kes Johnny Depp dan Amber Heard

Kes melibatkan dua orang pelakon ini telah mendapat perhatian masyarakat seluruh dunia dan sebenarnya ada banyak pengajaran yang kita semua boleh ambil iktibar daripada isu yang berlaku melibatkan Johnny Depp dan Amber Heard.

Berikut adalah beberapa pengajaran yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook ini (Suhaili Baharudin). Antaranya:

1. Kedua-duanya datang dari latar belakang keluarga yang toksik

Depp dan Heard kedua-duanya didera oleh ibu bapa mereka sejak kecil lagi. Tetapi bezanya Depp masih mempunyai sifat empati dalam dirinya apabila dia menjaga ibunya dengan menyediakan rawatan hospital yang terbaik sehingga ke akhir hayat.

2. Sikap narsistik Heard yang teruk

Heard dikatakan mempunyai sifat narsistik di mana dia tetap akan mengaku dirinya betul walaupun perbuatannya jelas sebagai satu kesalahan. Bukan itu sahaja, dia juga mempunyai pendirian untuk menyukarkan kehidupan orang lain sebelum mereka menyusahkan dirinya.

Sumber: Northern Beaches Review

3. Sikap mesra Depp kepada orang lain

Ketika proses perbicaraan di mahkamah, Depp dilihat bersikap mesra dengan semua pihak termasuklah pengawal keselamatan, pihak polis dan juru stenografi. Karakter Depp yang baik juga membuatkan rakan-rakannya kekal setia daripada awal sehingga akhir.

Tetapi berbeza pula dengan Heard apabila dia dikatakan sudah kehilangan kesemua kawan dan hampir setiap hari hanya ditemani oleh adiknya sahaja.

4. Depp bersikap lebih tenang

Hampir kesemua saksi Depp bersikap profesional kerana dapat dilihat dari cara mereka menjawab soalan serta bercakap, sangatlah tenang sehinggakan peguam Heard nak putar belit fakta pun agak sukar. Lain pula dengan Heard dan kesemuanya saksinya yang agak huru-hara.

Walaupun banyak kali tergagap, sebenarnya Depp sedemikian kerana dia berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap. Depp juga sanggup menunjukkan segala video yang memalukan dirinya demi mendapatkan kembali sebuah keadilan meskipun dia seorang yang menjaga privasi.

Sumber: CNN

5. Sikap peguam dan anak guam yang serupa

Kesemua peguam Depp bersikap sepertinya iaitu tenang, dan bijaksana. Sebaliknya pula dengan Heard apabila peguamnya juga mempunyai sikap kasar serta menyakitkan hati sama seperti Heard.

6. Depp dapat sokongan dari peminat dan Dior

Saat Deep di zaman kejatuhan dan tidak mendapat kepercayaan daripada pelbagai pihak, hanya Dior sahaja yang berani untuk mengambil risiko dan menawarkannya sebagai duta minyak wangi Dior Sauvage.

Sepanjang perbicaraanya juga, ramai peminat Depp menonton semula kesemua filem lakonannya dengan harapan dapat membantunya mendapat royalti.

Sumber: WWD

7. Keganasan rumah tangga juga boleh berlaku kepada suami

Kebiasaannya kita cuma dengan keganasan rumah tangga itu berlaku kepada kaum wanita sahaja. Sebenarnya TIDAK! Suami juga boleh menjadi mangsa selepas isteri berkelakuan kasar kepada pasangan mereka.


Ketika keputusan diumumkan, Depp sedang melepak di bar sambil menonton televisyen. Amber pula mungkin diisytihar muflis untuk membayar saman berjuta-juta kepada Depp. Keputusannya, tuduhan Amber pada Johnny adalah penipuan dan banyak direka sendiri.

Kepada anda yang ingin membaca perkongsian penuh, boleh klik [DI SINI].


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd