Now Reading
[Video] Bapa Menangis Rindukan Anak Tapi Kena ‘Block’ Di WhatsApp Pula

[Video] Bapa Menangis Rindukan Anak Tapi Kena ‘Block’ Di WhatsApp Pula

Bapa ini menangis kesedihan kerana terlalu merindukan anaknya yang sudah lama tidak pulang ke rumah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila anak semakin membesar, masing-masing akan mempunyai kehidupan sendiri. Ada yang sibuk dengan kerjaya, ada juga yang sudah berkeluarga.

Tipulah kalau ibu bapa tak rindukan anak-anak mereka yang tidak lagi duduk sebumbung seperti dahulu.

Yang lebih memeritkan adalah apabila kita merindukan seseorang tetapi tidak dapat berjumpa dengan mereka. Sebak sangat!

Anak ‘block’ nombor di WhatsApp

Situasi ini turut dirasai oleh seorang bapa yang tidak dapat menahan rasa rindu kepada anaknya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh bapa itu sendiri di TikTok (muhammadanas_ariqin), dia dilihat sedang meraung kesedihan kerana terlalu merindukan anaknya yang sudah lama tidak pulang ke rumah.

Lebih menyedihkan lagi adalah apabila anak kepada lelaki tersebut dikatakan telah menyekat nombor telefonnya di WhatsApp kerana tidak ingin dihubungi oleh bapanya.

Bapa ini meluahkan bahawa dia cuba untuk mengawal rasa rindu tersebut tetapi agak sukar kerana sudah lama memendam perasaan itu.

@muhammadanas_ariqin

dah tak.mampu bertahan teramat rindu..

♬ Rembulan Malam – Decky Ryan

Lelaki itu turut berkongsi kisah apabila isterinya ingin berpisah atau cerai ketika dirinya berada dalam keadaan koma selama 53 hari akibat sakit jantung pada tahun 2014 yang lalu.

Sejak itu, dia dihalang untuk bertemu dengan anaknya dan mereka juga bertindak menjauhkan diri setelah menginjak dewasa.

Ramai nasihat anak untuk lawat ibu bapa

Video yang mendapat jumlah tontonan melebihi satu juta itu telah menarik perhatian ramai warganet. Lebih-lebih lagi jika berkaitan dengan ibu bapa.

Bukan sahaja bapa di dalam video itu yang menangis, ada juga warganet yang turut mengalirkan air mata kerana sebak dan kasihan melihat nasib menimpa bapa berkenaan.

Warganet turut memberi nasihat kepada masyarakat lain supaya tidak mengabaikan ibu bapa di kampung halaman dan sentiasalah melawat mereka pada waktu lapang.


Selagi ibu bapa kita masih ada di dunia ini, hargai mereka dan sentiasalah bertanya khabar.

Janganlah kita menjadi anak yang derhaka kepada kedua orang tua semata-mata ingin mengejar kehidupan duniawi yang tidak menjanjikan apa-apa.

Duit boleh dicari, tetapi ibu bapa tiada ganti.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd