Now Reading
2 Pekerja Prasarana Didakwa Pukul Orang Awam Kini Disiasat Pihak Polis

2 Pekerja Prasarana Didakwa Pukul Orang Awam Kini Disiasat Pihak Polis

Dua orang pekerja Prasarana itu didakwa memukul mangsa kerana dikatakan telah mencuri mi segera di sebuah kedai serbaneka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, tular satu video di media sosial dipercayai melibatkan dua orang pekerja keselamatan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang telah memukul seorang lelaki di sebuah kedai serbaneka di Kuala Lumpur.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila mangsa ditangkap dan dituduh mencuri mi segera tanpa membayarnya di kedai tersebut.

Berikutan kejadian itu, syarikat pengangkutan tersebut menjalankan siasatan ke atas dua kakitangannya kerana telah bertindak bertentangan dengan kod etika kerja Prasarana.

Kami memandang serius dakwaan bahawa si pemukul adalah kakitangan Prasarana berdasarkan pakaian seragam yang dipakai di dalam video berkenaan. Dalam apa jua situasi, sekiranya memerlukan bantuan lanjut sepatutnya dipanjangkan kepada pihak berkuasa.

Prasarana.

Kini dalam siasatan polis juga

Pihak polis juga sudah menjalankan siasatan susulan kes tersebut yang melibatkan lelaki berpakaian seragam anggota keselamatan Prasarana.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya memaklumkan siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Setakat ini, empat orang individu sudah hadir sebagai saksi dan pihak polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian untuk membantu siasatan.

Anda yang mempunyai maklumat tentang kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Hazim Hussain di talian 019-7749678, IPD Dang Wangi di talian 03-26002222, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd