Now Reading
Status Vaksin Sinovac Cuma Bertukar Tidak Lengkap, Bukan Dipadam – KKM

Status Vaksin Sinovac Cuma Bertukar Tidak Lengkap, Bukan Dipadam – KKM

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa penerima vaksin Sinovac untuk segera mendapatkan dos penggalak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan status vaksinasi digital pada MySejahtera bagi penerima Sinovac hanya akan bertukar tidak lengkap dan bukan dihilangkan sekiranya mereka belum menerima dos penggalak.

KKM menjelaskan perkara tersebut selepas maklumat palsu berkenaan status itu tersebar di media sosial sejak kebelakangan ini.

Walau bagaimanapun, status tidak lengkap untuk vaksinasi Covid-19 hanya melibatkan penerima vaksin Sinovac berumur 18 tahun dan ke atas.

Status tidak lengkap juga akan dikenakan kepada penerima vaksin melibatkan semua jenis dos primer yang berumur 60 tahun ke atas dan masih belum menerima dos penggalak.

Pada 24 Mac, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata lebih dua juta penerima Sinovac akan kehilangan status “vaksinasi lengkap” mereka menjelang 1 April kerana mereka masih belum menerima dos penggalak.

Vaksin Covid-19 dari China kurang berkesan ke?

Dos penggalak vaksin CoronaVac yang dihasilkan oleh Sinovac adalah berkesan sehingga 94% terhadap varian baharu Covid-19 iaitu Omicron.

Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) memaklumkan ianya terbukti berdasarkan kajian Sinovac membabitkan tiga dos vaksin dengan dua strain Omicron yang diperoleh dari Hong Kong.

Keputusan ujian makmal terkini menunjukkan bahawa apabila diuji dengan strain Omicron, 35% daripada 20 sampel serum melibatkan penerima dua dos vaksin CoronaVac diuji positif untuk meneutralkan antibodi virus.

Bagi penerima tiga dos vaksin, 94% atau 45 daripada 48 sampel diuji positif dengan antibodi neutral dari virus.

Keputusan ujian ini menunjukkan bahawa dos ketiga vaksin Sinovac berkesan meningkatkan keupayaan serum untuk meneutralkan strain Omicron. Buat masa ini, kajian lanjut tentang strain Omicron lain masih dijalankan.

Pharmaniaga turut menjelaskan bahawa hasil kajian itu selari dengan kenyataan Pengarah Kanan Perniagaan Luar Negara Sinovac, Weining Meng.

Meng memaklumkan bahawa suntikan penggalak yang diberikan dalam selang masa antara enam hingga 12 bulan selepas dos kedua dapat meningkatkan kekuatan tindak balas imun.

Sumber: Radio Encatado

Vaksin coronavirus buatan China telah disuntik kepada berjuta-juta orang di pelbagai negara.

Media negara China melaporkan bahawa negara itu telah mengeksport vaksin mereka ke lebih 30 negara termasuklah Malaysia, Indonesia, Brazil, Mesir, UAE, Pakistan, Filipina, Kemboja, Nepal, Sierra Leone, Zimbabwe dan Chile.

Kesemua mereka adalah negara yang kurang berkemampuan dan sangat memerlukan vaksin, manakala negara kaya seperti Australia lebih memilih vaksin buatan Britain, Eropah dan Amerika Syarikat.

BACA JUGA: 2 Rakyat Malaysia Dihalau Masuk Jerman Gara-gara Terima Vaksin Sinovac


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd