Now Reading
2 Rakyat Malaysia Dihalau Masuk Jerman Gara-gara Terima Vaksin Sinovac

2 Rakyat Malaysia Dihalau Masuk Jerman Gara-gara Terima Vaksin Sinovac

Dua adik-beradik dari Malaysia itu dihalau memasuki Jerman kerana menerima vaksin Sinovac walaupun sudah lengkap dos penggalak jenis Pfizer.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Hasrat dua beradik untuk sama-sama menyambut bulan Ramadan bersama adik bongsu yang sedang menuntut pelajaran di Dusseldorf, Jerman bertukar tragedi selepas dihalau oleh pihak imigresen kerana menerima vaksin Sinovac.

Walaupun sudah lengkap menerima vaksin jenama Coronavac keluaran firma Sinovac Biotech dari China berserta dos penggalak jenis Pfizer, pihak berkuasa Jerman tetap menghalang mereka untuk memasuki negara tersebut.

Hampa dengan keputusan itu, mereka terpaksa menempuh sekali lagi penerbangan selama berbelas jam untuk pulang semula ke Malaysia.

Sumber: DHA Photo

Vaksin Sinovac dipertikai

Walaupun sudah mengikuti segala prosedur dan protokol yang diarahkan oleh agensi pelancongan serta syarikat penerbangan Turkish Airlines, namun jenis vaksin yang diterima pula menjadi punca mereka diusir keluar.

Ketika ditemui wartawan Kosmo, salah seorang daripada mereka dikenali sebagai Fariq meluahkan rasa agak ralat selepas vaksin jenama tersebut diragui oleh pihak berkuasa Jerman.

Dalam pada itu, jurucakap agensi pelancongan mereka Interleisure & Event Management Sdn Bhd Hajah Roslen menjelaskan hanya ibu bapa mereka sahaja dibenarkan memasuki negara berkenaan.

Sumber: SOPA Images

Fariq berharap agar kisah duka mereka dilayan seolah-olah pesalah jenayah oleh pihak imigresen Jerman ini dijadikan pengajaran buat penerima vaksin jenis Sinovac.

Sehingga kini, Jerman hanya membenarkan lima jenis vaksin diberikan kepada rakyatnya seperti:

  • Novavax
  • Moderna
  • Pfizer
  • Johnson & Johnson
  • AstraZeneca
Sumber: Anadolu Agency

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd