Now Reading
Ini Sebab Kenapa Isteri Will Smith, Jada Pinkett Terpaksa Botakkan Kepala

Ini Sebab Kenapa Isteri Will Smith, Jada Pinkett Terpaksa Botakkan Kepala

Isteri Will Smith iaitu Jada Pinkett terpaksa membotakkan kepalanya kerana menghidap penyakit Alopecia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pelakon Will Smith menjadi tumpuan di media sosial pada hari ini selepas video dia menampar Chris Rock sewaktu siaran langsung Oscars telah tular hampir di seluruh dunia.

Insiden itu berlaku selepas Rock dikatakan membuat jenaka tentang rambut isteri Will Smith iaitu Jada Pinkett yang telah botak.

Smith juga berteriak meminta Rock untuk berhenti menyebut nama isterinya ketika membuat lawak di atas pentas.

BACA JUGA: Berang Isteri Dijadikan Bahan Lawak, Will Smith Tampar Chris Rock Sewaktu Live Oscars [Video]

Sumber: Los Angeles Times

Kenapa rambut Jada Pinkett dibotakkan?

Kalau korang nak tahu, sebenarnya ada sebab kenapa isteri Will Smith iatu Jada Pinkett membotakkan kepalanya.

Difahamkan, Jada menghidap masalah kesihatan yang disebut sebagai Alopecia sejak tahun 2018 lagi.

Alopecia adalah penyakit autoimun yang menyebabkan folikel rambut seseorang rosak dan mengakibatkan keguguran rambut pada tahap sangat teruk.

Sumber: Page Six

Punca Alopecia

Antara punca yang menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit ini adalah seperti berikut:

  • Stres
  • Penggunaan produk rambut
  • Faktor genetik atau keturunan
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan kulat atau bakteria
  • Masalah imun atau ekzema
  • Kekurangan zat
  • Kesan dari radioterapi
Sumber: Medical News Today

Rawatan yang boleh dilakukan

Penyakit Alopecia ini tidak kekal dan boleh dirawat dengan beberapa cara seperti:

  • Pengurusan stress yang baik
  • Hentikan pengambilan steroid anabolik
  • Pengambilan diet yang seimbang
  • Gunakan ubat antifungal jika berpunca dari jangkitan kulat dan antibiotik jika puncanya dari bakteria.
  • Tanam rambut (hair transplant)
Sumber: CNN Indonesia

Penyakit Alopecia ini boleh berpunca daripada pelbagai faktor dan juga mempunyai pelbagai rawatan.

Kalau anda sudah cuba pelbagai cara dan masih tidak dapat diselesaikan, dapatkan pemeriksaan lanjut dengan berjumpa doktor pakar bagi merawat masalah kesihatan anda.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd