Now Reading
“Saya Biar Wawa Urus Duit Bisnes” – Aeril Zafrel Dedah Faktor Bisnes Berjaya

“Saya Biar Wawa Urus Duit Bisnes” – Aeril Zafrel Dedah Faktor Bisnes Berjaya

Sehingga kini, Aeril masih tidak tahu cara untuk memindahkan wang syarikat kerana semuanya diuruskan oleh isterinya, Wawa Zainal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila sudah bergelar pasangan suami isteri, banyak perkara yang kita kena belajar untuk menjalani kehidupan selepas berkahwin terutamanya tentang kewangan kerana ini merupakan salah satu ujian dalam berumahtangga.

Orang kata, lima tahun pertama bergelar suami isteri adalah yang paling mencabar. Namun walau apa pun yang terjadi, masing-masing kena saling bertolak ansur. Barulah hubungan akan kekal hingga ke Jannah.

BACA JUGA: Isteri Sedih Suami Turun 20KG Lepas Disahkan Hidap Kanser Lidah

Benarlah, isteri pembawa rezeki

Siapa tak kenal dengan produk tempatan yang dihasilkan oleh pasangan artis iaitu Wawa Zainal dan Aeril Zafrel.

Perniagaan mereka yang bermula dengan pengeluaran Wawa Comestics kini telah berkembang maju dengan kemunculan produk-produk lain seperti tudung, madu dan serum penjagaan wajah.

Perniagaan yang diusahakan sejak tahun 2016 ini telah menjadi punca pendapatan yang lumayan buat Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

Baru-baru ini, Aeril mendedahkan ‘rahsia’ di sebalik rezeki mereka yang tidak putus-putus melalui satu posting yang dimuat naik di Facebook miliknya.

Rahsianya adalah dengan menyerahkan sepenuhnya urusan kewangan perniagaan Wawa Cosmetics kepada isterinya.

Aeril atau nama sebenar Suhairil Sunari percaya dengan kebolehan wanita dalam menguruskan kewangan. Buktinya, lihatlah kejayaan perniagaan Wawa Cosmetics yang diusahakan bersama isterinya.

Kredit: Instagram @wawazainal

Sehingga kini, Aeril masih tidak tahu cara untuk memindahkan wang syarikat kerana semuanya diuruskan oleh Wawa Zainal dari A to Z!

Wah, power betul Wawa. Tabiklah!

Kredit: Facebook Aeril Zafrel

Pelakon berusia 33 tahun itu juga turut meluahkan rasa syukur apabila dia dan Wawa berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan sejak 10 tahun bergelar pasangan suami isteri.

Alhamdulillah sudah 10 tahun kami hidup bersama dan banyak dugaan yang kami lalui dari awal perkahwinan sehingga ke harini. Kami bukanlah pasangan yang sempurna. Jadi, banyak lagi perkara yang kami perlu belajar meskipun sudah sedekad hidup bersama.

Aeril Zafrel.
Kredit: Facebook Aeril Zafrel

Wanita zaman sekarang kini sudah berani menceburi pelbagai bidang.

Golongan ini juga boleh menempa kejayaan yang luar biasa sehingga ke peringkat antarabangsa. Jadi, jangan pandang perempuan sebelah mata okay!

BACA JUGA: 2 Wanita Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 50 Over 50 : Asia 2022. Tahniah!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd