Now Reading
Suami Kantoi Dengan Isteri Lepas Beli Permainan Baru. Tak Sangka Ramai ‘Back Up’

Suami Kantoi Dengan Isteri Lepas Beli Permainan Baru. Tak Sangka Ramai ‘Back Up’

Nasib baik ada netizen tolong bela nasib suami itu di ruangan komen lepas terkantoi beli permainan baru.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Buat kaum Adam yang sudah berkeluarga, ada banyak tanggungjawab dan komitmen yang perlu diutamakan.

Kadang-kadang tak sempat fikir untuk diri sendiri pun kerana lebih mendahulukan isteri dan anak-anak.

Tapi ada masa, kita nak juga merasa ‘self-reward’ selepas berusaha keras betul tak? Kalau perempuan suka beli barangan kosmetik dan kecantikan, sesetengah lelaki pula suka beli koleksi permainan.

Tapi, lain pula kes yang berlaku kepada seorang lelaki ini.

Alamak, terkantoi pula!

Pernah tak bila anda membeli sesuatu daripada peniaga, mereka ingin mengambil gambar anda dan barangan yang dibeli? Mesti pernah kan?

Selepas itu mereka akan memuat naik gambar tersebut di akaun media sosial perniagaan mereka sebagai tanda penghargaan.

Tapi, siapa sangka tindakan peniaga memuat naik gambar pembeli menyebabkan dia ‘kantoi’ dengan isterinya selepas membeli lagi koleksi permainan baharu.

Kebetulan pula isterinya ternampak gambar suaminya itu dan terus meninggalkan komen “you beli mainan lagi?”.

Nak cover line punya pasal, si suami pun bagitahu yang harga permainan itu tak lah terlalu mahal.

Sumber: Twitter

Nasib baik netizen tolong back up

Tanpa disangka-sangka, ada netizen yang ternampak komen suami isteri tersebut dan tolong ‘back up’ sekali lelaki berkenaan dengan beritahu bahawa harga permainan itu murah sahaja.

Aduh, memang kelakar baca komen-komen yang nak bela nasib si suami itu. Bagus betul netizen ni.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Mungkin suami dia memang ada hobi kumpul koleksi permainan sejak kecil. Atau nak self-reward? Yang penting pemberian nafkah untuk keluarga semua mencukupi, tak ada masalah.

Isteri-isteri di luar sana, biarlah suami nak beli permainan kegemaran mereka. Mereka gembira, kita pun boleh tumpang gembira sekali. 😊


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd