Now Reading
[Pendapat] Lelaki Ini Bongkar Kesan Rasuah Kepada Pendidikan Khas

[Pendapat] Lelaki Ini Bongkar Kesan Rasuah Kepada Pendidikan Khas

Sekiranya ianya terus bermaharajalela, kemungkinan nilainya menjadi trilion ringgit. Maka pemakan-pemakan najis ini akan lunak menelan hasil rasuah tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Oleh:
Dr. Mohd Norazmi bin Nordin.
Pensyarah, Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Umum sedia maklum, rasuah adalah perbuatan keji dan mengejikan.

Allah tak suka. Manusia pun tak suka. Tapi ada manusia keji yang suka rasuah. Bahkan hidup mewah bergelumang dengan rasuah. Mereka ini kadangkala dipandang lebih mulia dalam masyarakat.

Sekiranya rasuah itu makhluk bernyawa, kemungkinan dia yang merajai kita. Orang yang terlibat dengan rasuah merasa diri mereka kebal dan lebih mulia berbanding orang yang tidak terlibat dengan rasuah.

Satu ketika dahulu, perbuatan rasuah masih dipandang sebagai najis dalam masyarakat dan sistem. Tetapi sekarang, najis itu terdedah tanpa rasa kekok.

Tak ada rasa malu.

Bahkan menjadi satu syarat pula dalam berurusan. Golongan sebegini menjadikan najis sebagai makanan?

Sumber: Sinar Harian

Apabila orang-orang yang mempunyai kedudukan, pengaruh, berkepentingan politik dan pihak berautoriti sendiri yang memuja rasuah bagai tuhan, rakyat yang di bawah dihambakan bagai syaitan.

Lebih membusuk apabila najis rasuah ini melekat pada pendidikan. Amalan rasuah ini menjadikan pendidikan juga mangsa kebejatan. Pendidikan yang mulia menjadi bangsat dengan menyelinapnya kesan rasuah.

Seringkali kita terbaca dalam laporan-laporan akhbar berkaitan rasuah yang melibatkan nilai bukan jutaan, malah berbilion ringgit. Bukan puluh, ratus, ribu atau juta, tetapi bilion.

Sekiranya ianya terus bermaharajalela, kemungkinan nilainya menjadi trilion ringgit. Maka pemakan-pemakan najis ini akan lunak menelan hasil rasuah tersebut.


Pelajar Boleh Terima Banyak Manfaat Jika Tiada Rasuah.

Bayangkan dengan sebegitu banyak, berapa juta murid-murid di sekolah seluruh negara akan mendapat manfaatnya?

Bilion wey.

Kita boleh bina sekolah dengan persekitaran yang penuh kondusif. Peralatan-peralatan pembelajaran yang canggih dan terkini. Dengan nilai itu juga kita mampu menyediakan infrastruktur yang terbaik untuk anak-anak kita, agar mereka gembira menikmati zaman belajar mereka.

Tapi, pemakan-pemakan najis ini, tak pernah peduli pun tentang anak-anak kecil ini.

Dengan nilai sebesar itu juga, kita mampu menyediakan pengangkutan terbaik untuk murid-murid pedalaman untuk ke sekolah. Menyediakan makanan-makanan berkhasiat untuk mereka agar mereka sentiasa segar menikmati pembelajaran di sekolah.

Sekali lagi, pemakan-pemakan najis rasuah ini ada akal ke nak fikirkan semua ini?

Bahkan, dengan nilai rasuah sebesar itu, murid-murid berkeperluan khas (MBK) dapat menikmati pembelajaran dengan peralatan-peralatan terkini.

Murid-murid ketidakupayaan penglihatan seperti rabun dan buta dapat manfaat berkali-kali ganda dengan pembelian bahan-bahan bacaan Braille, perisian-perisian pembelajaran yang khusus untuk mereka.

Tapi, pemakan dan pengamal najis rasuah ini lebih buta akal berbanding murid-murid tadi.


Two Cent.

Sebagai rakyat dan pencinta pendidikan, khususnya pendidikan khas, saya tidak akan menghalalkan setiap sen dan ringgit yang telah orang-orang tertentu songlap melalui rasuah sehingga menjejaskan pendidikan negara.

Sebagai rakyat, kita perlu cuba membenteras rasuah ini dari sekecil-kecil jumlah dan keadaannya sehinggalah sebesar-besarnya.

Selama lebih sedekad dalam pendidikan khas, saya melihat bahawa banyak lagi hak yang kita perlu tunaikan kepada murid-murid sekolah terutamanya murid berkeperluan khas agar pembelajaran mereka berlaku sepertimana hak yang sepatutnya mereka terima.

Buat pemakan-pemakan rasuah, bertaubatlah.

Anda adalah bangs*t yang telah melumuri rakyat dengan busuk najis rasuah yang anda amalkan. Berhentilah menidakkan hak anak-anak kita untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik.


Sumber: Facebook/Dr Mohd Norazmi Nordin

Dr. Mohd Norazmi bin Nordin adalah Pensyarah, Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Semua pendapat yang tertulis adalah miliknya dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pihak TRP.


Jika anda ingin berkongsi pendapat bersama kami, boleh hantarkan e-mel ke editorial@therakyatpost.com dengan tajuk “OPINION” atau “PENDAPAT”: atau melalui media sosial kami TRPbm: FacebookTwitter dan Instagram.


Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd